“Uqasha Manja Lain Macam Tah4p Kucing Parsi, Handle With C4re Kamal” – Fizo

Fizo Omar menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa gembira atas perkahwinan Kamal Adli yang dikenalinya sejak zaman Hero Remaja musim 2007/2008.


Dalam pada mengucapkan tahniah kepada pasangan Kaman dan Uqasha Senrose itu, Fizo sempat mengimbau perjalanannya bersama Kamal meredah onak duri sebagai selebriti.

“Tahun 2007 sama2 Abe Joe Kamal masuk industri ni melalui platform @pencarianheroremaja. Aku ingat lagi masa tu dua-dua tengah struggle.Aku pula baru habis belajar UiTM dan sambung main bola dan Kamal tengah belajar lagi.

“Dulu kita orang tak ada duit beb! Nak beli baju untuk photoshoot memang tak ada bajet la. So mix n match la apa yang ada. Aku pakai baju kau dan kau pakai seluar aku. Haa macam itulah lebih kurang!” ujarnya.

Fizo juga mengajak Kamal supaya kerap pulang ke kampung sebelah Uqasha di Kelantan dan sempat berseloroh mengusik kedua-dua mempelai itu.

“Aku tahu @uqashasenrose2 tu manja dia lain macam tahap kucing parsi tau… Hahhahaha. So all da best to u bro.

“Pesanan dari sahabat kau ni.. HANDLE WITH CARE…ONCE BROKEN… KO TIDO LUAR!” usiknya.

Amboi, macam kucing parsi eh? Macam mana tu?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: theupdatenews24