“Eh, Mesti Dia Malu” Flamingo Nak Mencilok Bawa Jambatan, Sekali Terlanggar Besi Bikin Netizen Gelak Dan Kasihan

Sebagai manusia pasti ada suatu ketika kita mencemburui burung kerana berupaya untuk terbang bebas di langit yang luas tanpa perlu berhati-hati dengan trafik yang sibuk.

Tetapi walaupun burung berupaya untuk terbang, tidak bermakna mereka bebas dari sebarang kemalangan atau perlanggaran.

Kadang kala burung juga mampu menjadi mangsa pengangkutan di jalan raya mahupun di udara. Kadang kala mereka sendiri yang tersilap langkah dan terlanggar halangan di hadapan ketika terbang.

Seperti dalam sebuah video yang telah meraih hampir 5 juta tontonan, seekor burung flamingo tersalah perhitungan apabila ia gagal mengelak dari terlanggar jambatan ketika terbang.

Dalam video berkenaan seorang individu sedang merakam suasana kolam renang di sebuah lokasi penginapan apabila burung flamingo tersebut dilihat terbang rendah di atas air.

Flamingo itu kemudian terlanggar jambatan di atas kolam dan terjatuh ke dalam air membuatkan pengunjung kolam renang di situ terkejut.

Burung tersebut kemudian bangun perlahan-lahan dan berjalan ke sisi kolam untuk keluar dari air itu sambil dibantu oleh beberapa pengunjung.

Adegan lucu itu membuat rata-rata netizen geli hati melihat reaksi flamingo itu yang seolah-olah malu kerana jatuh di khalayak ramai.

“Aku tau dia mesti malu…”

“Ingatkan dia dah mati tengok leher dia macam ni…”

“Dorang tak patut letak haiwan kat hotel…”

“Burung kalau tersalah langkah dorang terus hilang keyakinan…”

kredit HCL