“Eh, Nak Melayu Je Yang Bantu!” – Pemuda Cina Kesal Dihalau Dari Tolong Mangsa Kemalangan

Perpaduan kaum merupakan satu keistimewaan yang ada dalam negara kita. Tudak kira bangsa ataupun agama, sema pihak hidup harmoni dalam satu lembayung perpaduan.


Namun begitu, sejak kebelakangan ini ada tangan-tangan ghaib yang seakan cuba mengganggu keharmonian tersebut dengan propaganda yang pebagai.

Walau bagaimanapun, masih ada yang ikhlas menghulurkan bantuan tanpa mengambil kira masalah tersebut. Akan tetapi, individu-individu yang terpengaruh dengan sentimen tersebut dilihat sengaja merosakkan perpaduan itu sedangkan dalam keadaan yang sangat genting.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi satu posting  dibuat oleh pemuda berbangsa Cina yang melakukan khidmat bantuan kecemasan dikenali sebagai WayneOoi yang merasa kesal dengan sikap dua indvidu Melayu ketika dia ingin memberikan pertolongan kepada mangsa kemalangan jalan raya.

Wayne mengakui berasa begitu kecewa dengan sikap individu tersebut kerana berprasangka buruk terhadapnya. Niat baiknya telah disalah erti dan individu tersebut sengaja memukul rata kesalahan orang lain dengan mengaitkan isu perkauman.

Pemuda itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menasihati individu-individu tersebut sepuya memberinya peluang untuk membantu mangsa kemalangan.

Sehubungan dengan perkongsian daripada Wayne Ooi itu, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa kesal terhadap individu-individu yang berkata buruk mengenai bantuan yang dihulurkannya.

Mereka juga terus memberikan sokongan kepada pemuda Cina itu dan berterima kasih diatas segala kerja baik yang dilakukan tanpa mengira siapapun mangsa yang mengalami kecelakaan.

Sumber : WayneeOoi93