Seperti yang diketahui ramai, anjing dan kucing adalah merupakan haiwan yang sejak dahulu lagi terkenal dengan sikap suka bercakaran dan bermusuhan antara satu sama lain. Hal ini kerana kedua-dua haiwan ini mempunyai sifat yang berbeza.
Salah satu sebab mengapa haiwan ini sering bergaduh adalah kerana saiz badan mereka yang berlainan. Disebabkan kerana anjing memiliki saiz lebih besar, maka kebanyakkan kucing akan berasa terancam dengan keadaan tersebut. Maka tidak hairanlah mengapa haiwan-haiwan ini sering bermusuhan.
Namun begitu, lain pula dengan kisah pada kali ini yang tular di dalam sebuah video yang dimuat naik oleh @effie_mohamad dimana terdapat seekor anjing dan kucing yang sedang tidur sambil berpelukan.
A lot of trust going on there pic.twitter.com/ELugjYPPek
— EFFIELAHLOI (@effie_mohamad) August 15, 2020
Lebih menghairankan apabila kucing yang berwarna kelabu itu kelihatan sedang tidur nyenyak di dalam mulut anjing tersebut. Ternyata, kejadian terbabit menimbulkan kemusykilan dalam kalangan warga netizen di samping ada yang turut terhibur melihat keadaan kucing yang tidur di dalam mulut anjing berkenaan.
”Ni ke yang orang kata berani mati?”, kata salah seorang warganet yang memberikan komen di Twitter tersebut.
Video yang berdurasi 4 saat itu telah meraih perhatian warga netizen sehingga berjaya memperoleh sebanyak 105 ribu tontonan umum selain daripada menerima 7847 ribu ulang kicau dan komen berserta 7926 ribu tanda suka di ruangan akaun Twitter terbabit
kredit HCL