[VIDEO] Subhanallah! Fenomena Yang Sedang Marak Di Rusia, Ramai Yang Memeluk Islam Secara Tiba-Tiba

Viral sebuah video ribuan umat Islam Rusia solat di sebuah stadium. Meremang bulu roma tengok. Allahuakbar. Jom tengok video sebelum kena delete.

KEBANGKITAN ISLAM DI RUSIA

Video ada di hujung artikel. Kira-kira 30 peratus populasi di negara ini akan menganut dan mengamalkan ajaran Islam dalam tempoh 15 tahun akan datang berdasarkan kepada trend semasa demografi negara.

Portal berita Moscow Times melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Mufti Besar Rusia dengan wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti pendu­duknya beragama Islam se­perti Caucasus Utara dan Tatarstan diketahui mempu­nyai kadar kelahiran yang tertinggi di negara ini.

Pelbagai anggaran menunjukkan penduduk Islam di Rusia kini antara 14 hingga 20 juta orang atau 10 hingga 14 peratus daripada jumlah populasi negara iaitu seramai 146.8 juta orang pada tahun lalu.

Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Ravil Gainutdin berkata, jumlah populasi Muslim di negara ini akan meningkat menjadi 30 peratus dalam tempoh 15 tahun.

Menurutnya, perubahan demografi tersebut bermakna puluhan masjid baharu perlu dibina di bandar-bandar besar negara ini.

Sementara itu, Ketua Paderi di sebuah Gereja Ortodoks Rusia, Dmitry Smirnov bersetuju dengan jangkaan yang dibuat Ravil.

Pada 2015, Presiden Rusia, Vladimir Putin merasmikan pembukaan masjid terbesar di benua Eropah di sini.

Masjid dengan kubah berwarna biru itu mampu memuatkan 10,000 jemaah.

Masya Allah, sungguh indah momen ini…

Ribuan umat Islam sedang menunaikan solat berjemaah di Stadium Kazan di Russia. Semoga Islam bertambah subur di bumi ini, insya Allah…

Jom tonton video…

VIDEO SATU

Kebangkitan Islam Di Russia, Umat Islam Yang Melaksanakan Sholat Berjamaah Di Stadium Kazan , Russia . ALLAH HUAKBAR

Posted by QALAM ILMU on Monday, 3 June 2019

VIDEO DUA

Kebangkitan Islam Di Russia , Menakjubkan Para Jemaah Yang Memenuhi Sepanjang Sisi Jalan Tuk Melaksankan Sholat Aidil Fitri Di St Petersburg

Posted by QALAM ILMU on Wednesday, 12 June 2019

Sumber: Islamikmedia

Artikel Berkaitan   “Sebelum Saya Keluar Dia Melayan Anak Dengan Baik, Sebaik Pulang Ke Rumah, Terkejut Anak Sudah Tidak Sedarkan Diri”