Eksiden Masuk Longkang, Tiba-Tiba Pakcik Ini Diserang Panic Attack Dalam Perjalanan Tengok Isteri Di Hospital

Sebuah video yang tular dilaman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu telah membuatkan ramai bersedih dan meluahkan rasa simpati.

Video berdurasi 26 saat menunjukkan seorang lelaki terbabit dalam sebuah kemalangan kecil hingga kereta miliknya terbabas lalu memasuki longkang kecil dibahu jalan.

Lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan ketakutan sebenarnya sedang mengalami serangan ‘panic attack’, sedang dalam perjalanan daripada Kuala Kangsar menuju ke Taiping bagi melawat isterinya yang berada di hospital.

Kejadian dipercayai berlaku pada 17 Disember lalu pada jam kira-kira 6 petang.

Tambah menyedihkan, isterinya juga dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi 21 Disember lalu.

Rata-rata komen daripada pengguna media sosial meluahkan rasa sedih dan bersimpati atas insiden yang menimpa pakcik ini.

Sumber: Facebook Abe Mie Stories

Posted by Abe Mie Stories on Saturday, 21 December 2019

Artikel Berkaitan   [VIDEO] “Siap Suap Makan Macam Layan Ibu Sendiri” Aksi Pramugara Ini Mendapat Perhatian