“”Encik” Aje Kau Panggil.. Itu Raja Kita!” Netizen Kecam Lelaki Ini Yang Tidak Kenal Raja Sendiri Selepas Baginda Mencemar Duli

“SAYA encik, saya yang bawa,” demikian jawapan seorang pemandu lori kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Pemandu terbabit memberi reaksi bersahaja itu selepas Al- Sultan Abdullah bertanya siapakah pemilik lori yang terbalik di bahu jalan di satu kawasan tidak diketahui.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas video berdurasi 62 saat itu tular di laman sosial.

Menerusi rakaman video itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli meninjau keadaan lori terbalik di bahu jalan selepas terbabit dalam kemalangan.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan pemandu terbabit yang tidak mengenali baginda dan memanggil gelaran encik tanpa rasa bersalah.

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pemandu berkenaan yang dianggap tidak menghormati Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Ini jadi pengajaran kepada warganegara Malaysia yang lain. Jangan sampai tak (tidak) tahu adab.

“Adalah amat malang jika ada yang tak kenal (Yang di-Pertuan Agong),” tulis Syamsuddin DinTiger di ruangan komen Facebook.

Manakala, keprihatinan Al-Sultan Abdullah turun dari kenderaan rasmi untuk meninjau apa yang berlaku mendapat pujian warganet.

“Terbaik Agong kita cakna dan prihatin,” tulis Putra Renos Yus.

Seorang lagi pengguna FB, Mohd Syamsul Yatim berkata, Al-Sultan Abdullah menunjukkan keperibadian dan ciri pemimpin berjiwa rakyat.

“Itu betul-betul pemimpin berjiwa rakyat. Protokol diketepikan, yang penting permasalahan rakyat ambil berat.

“Moga Allah sentiasa melindungi serta beri kesihatan yang baik pada Tuanku,” tulisnya.

Artikel Berkaitan   ‘Twindemic’ Dijangka Akan Menyerang Rakyat Malaysia, 2 Wabak Berbahaya Datang Serentak, Ini Pesanan Pakar, Semua Kena Tahu!