Gadis Ini Ada Ijazah Minta Hantaran 15k Dan Mahal Akhirnya Buka Mulut Sebab Tak Tahan Kena Kecam

JUMLAH wang hantaran tidak pernah lekang di bibir masyarakat, malahan ada segelintir gadis atau keluarga yang menetapkan ‘harga’ sendiri.

Terbaharu, kecoh video tular mengenai sesi temubual mengenai perkahwinan seorang gadis berkaitan jumlah wang hantaran.

Menurut gadis itu, dia sebenarnya tidak kisah berapa jumlah wang hantaran yang diberikan pihak keluarga lelaki selagi mengikut kemampuan mereka.

“Wang hantaran sebenarnya tak kisah pun, atas pihak lelaki lah. Dia mampu nak bagi berapa kan.

“Tapi, bila cakap macam tu… tak boleh lah pihak lelaki cuma nak bagi setakat RM1,000 atau RM2,000 je,” katanya.

Namun, gadis tersebut mendapat kecaman netizen apabila dia mengubah pendiriannya bahawa wang hantaran perlu dinilai berdasarkan tahap pendidikan.

“Kenalah tengok tahap pendidikan juga. Macam I… I ada degree (Ijazah Sarjana Muda) mesti lah nak sekurang-kurangnya RM10,000 ke, paling kurang pun RM15,000,” katanya.

Bagaimanapun, klip video yang tular hanyalah sebahagian daripada video versi penuh, di mana gadis tersebut terus membicarakan tentang wang hantaran.

DIKECAM TERUK NETIZEN

Pengakuan gadis itu dikritik netizen mengenai pandangannya yang tidak konsisten berhubung nilai wang hantaran yang perlu ditetapkan kepada pihak lelaki.

“Hahaha, dia punya tak kisah sampai hujung ada terletak RM15,000,” kata seorang netizen.

“Perempuan ni nak apa? Kejap kata tak kisah berapa. Kejap nak RM10,000 tapi sekurang-kurangnya RM15,000. Ni kalau kahwin dengan dia ni mesti menyusahkan,” sindir netizen.

“Memang belajar tinggi-tinggi untuk naikkan nilai hantaran ke bukan untuk naikkan nilai diri?” soal netizen.

“I rasa kalau you nak kahwin, jadi kedua-dua pihak patut mula menabung. Nak cari duit sekarang susah. Dan nak kahwin tu bukan kaum adam je, tapi kaum hawa juga. Oleh itu, bertimbang rasa lah,” ujar seorang netizen.

Artikel Berkaitan   [VIDEO] “Ingatkan Customer Datang Bertanya, Rupanya Nak Merompak”

VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG MEMBUATKAN TOPIK HANTARAN INI VIRAL

Hantaran Kahwin Nak Berapa Ribu?Perempuan ada degree layak dapat hantaran RM20k?Isu wang hantaran ni memang sampai bila pun takkan habis bincang. Kadang-kadang, isu hantaran ni jugaklah yang melambatkan seseorang tu menamatkan zaman bujang. Yelah, pihak perempuan mintak hantaran sampai berbelas atau berpuluh ribu. Yang lelaki pulak hidup pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Inikan pulak hantaran samapi RM20-30k. Bila nak kahwinnya?Katanya, perempuan layak dapat hantaran tinggi sebab parents susah payah besarkan dia. Habis tu, lelaki membesar makan rumput ke? Tu belum lagi kaum Hawa ni kaitkan nilai hantaran dengan education level. Apa yang perempuan nak sebenarnya?

Posted by Cantik Mall on Saturday, 22 June 2019

GADIS JELASKAN KENAPA DIA CAKAP BEGITU DALAM VIDEO SEBELUM
Satu klip video menunjukkan respond gadis yang dikecam kerana meminta hantaran tinggi mengikut kelulusan.

Dia beritahu itu adalah hak dia dan dia tidak pernah persoalkan orang lain tentang hantaran kerana itu hak mereka. Dia juga bagitahu yang kecam ni kenapa, bukan dia nak kahwin dengan orang yang kecam.

Artikel Berkaitan   Dengan Sekali Lafaz, Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Sah Bergelar Suami Isteri

Video tersebut.

Peringatan untuk gadis itu dan semua orang, bila nak berkahwin utamakan yang wajib dahulu. Insyallah akan di permudahkan.