Kena Ikut Teknik Ini Baru Lagi Super Rangup,Resipi Bakwan Yang Mudah

Wajib cuba resipi bakwan yang sangat mudah ni. Lagi sedap kalau dapat makan bakwan sewaktu masih panas kerana masih rangup elok. Cicah pula dengan sos homemade, bertambah kesedapannya!


Sesuai dimakan ketika sarapan ataupun minum petang bersama seisi keluarga. Kalau ada yang terliur, ikut saja resipi di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Bakwan Yang Mudah & Rangup

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu tepung beras*
  • 4 sudu tepung bestari pedas* (jika ada)
  • 1/2 cawan udang geragau kering*
  • 1 biji telur* (tak ada pun tak apa)
  • Sedikit garam*
  • 1 1/2 cawan lobak merah sagat**
  • 1 1/2 cawan taugeh**
  • 1 1/2 cawan hirisan kobis**
  • 5 tangkai daun kucai**
  • 1 labu bawang besar hiris**

Cara-cara:

1. Bancuh bahan bertanda (*) dengan air sejuk. Agak-agak jangan terlalu pekat dan jangan cair.

2. Masukkan pula bahan bertanda (**). Gaul rata.

3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Sendukkan sedikit adunan, goreng nipis-nipis supaya lebih rangup. Cara goreng seperti gambar di bawah.

resipi bakwan

4. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.

5. Angkat dan toskan.

resipi bakwan

Bahan-bahan sos pencicah:

  • 2 biji lada merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu gula pasir
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu air panas

Cara-cara:

1. Tumbuk lumat lada merah, bawang putih dan gula pasir. Campurkan dengan sos cili dan air panas. Selamat mencuba!

resipi bakwan

Kredit: Siti Khajar