Gaji Ronaldo “Main” Instagram Je Dah RM223 Juta Lebih Banyak Gaji Dari Main Bola

CRISTIANO Ronaldo adalah individu yang meraih pendapatan tertinggi menerusi Instagram selepas meraih £14 juta (RM75 juta) lebih banyak berbanding gaji di Juventus.

Berdasarkan laporan Buzz Bingo, bintang Portugal itu mengekalkan kedudukan sebagai individu menerima pendapatan paling tinggi di media sosial.

Penyerang berusia 35 tahun itu yang mempunyai 222 juta pengikut di Instagram, meraih pendapatan £41.7 juta (RM223 juta) daripada 43 muat naik berkaitan penajaan sejak 12 bulan lalu.

Secara perbandingan, Ronaldo meraih pendapatan £27.3 juta (RM146 juta) di Juventus sebelum gajinya dipotong berikutan pandemik Covid-19.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu menyaksikan peningkatan £3.5 juta (RM18.7 juta) berbanding pendapatan pada 2019 dan meraih kira-kira £971,000 (RM5.2 juta) untuk setiap muat naik berkaitan penajaan. Dia sering mempromosikan produk seperti Nike, minyak wangi CR7 dan alat senaman yang dinamakan ‘Sixpad’.

Seteru utama Ronaldo, Lionel Messi menduduki tangga kedua selepas meraih pendapatan £25.2 juta (RM135 juta). Bintang Barcelona itu mempunyai kerjasama tajaan bersama adidas dan beberapa penaja lain.

kredit harian metro