Gara-Gara Takut Guna Eskalator, Datuk Tampar Cucu Sampai Hidung Berdarah

Seorang lelaki berusia 49 tahun yang menampak cucu perempuannya berusia 4 tahun sehingga hidungnya berdarah ditahan reman selama lima hari, lapor South China Morning Post.

Kejadian yang sempat dirakam kakitangan pasar raya itu dikatakan berlaku pada Isnin lalu di Yongzhou, wilayah Hunan.

Rakaman video menunjukkan muka mangsa berdarah sedang dirawat oleh seorang wanita, kakitangan pasar raya berkenaan. Juga kelihatan tompokan darah di lantai, di kaki dan baju mangsa, sementara datuk dan adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun hanya memerhatikan mangsa.