Gara-Gara Nak Bantu Isteri Untuk Mudahkan Kelahiran Anak, Video Lelaki Ini Menari Jadi Viral

Proses melahirkan anak bukanlah satu perkara yang mudah dan ia amat menyakitkan. Hanya wanita sahaja yang faham rasa sakit ini.


Menurut ahli psikologi, memegang tangan pasangan ketika bersalin dapat mengurangkan rasa sakit wanita bersalin.

Namun berbeza dengan seorang lelaki dari Hainan, China ini apabila beliau nekad membuat satu tarian tradisional khas buat isterinya yang akan melahirkan anak.

Mrs. Wang pertama kali melahirkan anak selepas 35 tahun. Justeru proses melahirkan ini mungkin sedikit sukar baginya. Justeru, Mr. Wang yang juga merupakan seorang guru mulai membuat persembahan tarian tradisional dalam bilik bersalin, lengkap dengan pakaian hospital.

Melihat aksi itu, staf hospital tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gelagatnya hingga berjaya mengalihkan perhatian isteri dari kesakitan sehingga selamat melahirkan anak.

Sumber: GoodyFeed