Genap 20 Hari Hajat Ahmad Danial Menjadi Anggota Bomba Tercapai, Namun Sedih Hari Ini ‘Bomba Cilik’ Itu Menghadap Ilahi

SHAH ALAM – Genap 20 hari hajat Ahmad Danial Ahmad Suhairi, 7, yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menjadi anggota bomba tercapai, namun hari ini dikhabarkan pemergian ‘bomba cilik’ itu menghadap Ilahi.


Berita sedih itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona), Wan Shahriza Wan Ab Rahman, lima jam lalu.

“Inalillahiwainailahirojiun. Selamat berpulang, anakanda Danial. Al-Fatihah. Ahmad Danial Ahmad Suhairi pada 2 Februari 2012 – 25 Oktober 2019 akibat kanser otak Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG),” tulisnya.