“Haa, Korang Negeri Mana, Statistik Umumkan Ini Negeri Yang Ramai Ada Masalah Obesiti”

Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang semakin menular dalam kalangan masyarakat.

Masalah ini bukan sahaja membawa kesan buruk kepada kesihatan, namun ia juga antara punca kepada penyakit-penyakit serius seperti sakit jantung dan diabetes.

Obesiti ditakrifkan apabila seseorang itu mempunyai lemak berlebihan, dan boleh diukur dengan menggunakan pengiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).

BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian. Formula adalah seperti tertera: BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²

Memetik hantaran dari Public Health Malaysia, peratusan obesiti tertinggi adalah dicatatkan di Putrajaya (43%), diikuti Melaka (36%), Perlis (36%) dan Negeri Sembilan (35.6%).

Meskipun Pulau Pinang dikatakan mempunyai banyak tempat makanan yang menarik dan sedap, ia berada pada kedudukan ke-14 dengan merekodkan 27.8%, jauh dibawah negeri-negeri lain di Malaysia.

Secara keseluruhannya, seramai 5.5 juta penduduk Malaysia, atau 30.6% menghidap obesiti, dengan 27.8% adalah lelaki dan 33.6% adalah wanita.

Amalkan gaya hidup sihat dan selalu bersenam supaya masalah ini dapat dihalang daripada terus merebak dalam masyarakat kita.

kredit era

Artikel Berkaitan   Kos Perubatan RM19,713 Jadi RM0 Kerana Lelaki Ini Sering Lakukan Perkara Ini Sebelum Ini