Harga Dah Murah, Promosi Pun Takde Orang Beli, Netizen Betul2 Boikot Limau Mandarin?

Nampaknya tinggal kurang dua minggu sahaja bagi masyarakat berketurunan Cina di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga dah sahabat handai.

Kemunculan limau mandarin di pasaran pula sudah sinonim menjelang perayaan tersebut untuk dihadiahkan ketika menziarahi tuan rumah bagi mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira kaum.

Tapi baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan buah yang mengandungi asid folik itu tidak mendapat sambutan pembeli setelah kelihatan stok limau masih dalam kuantiti yang banyak.

Menerusi group di Facebook, posting itu memberitahu lokasi tersebut terletak di sebuah pasaraya terkenal milik tempatan di Bandar Meru, Ipoh.

Posting tersebut turut menyeru orang ramai menyokong kempen utamakan produk Muslim (BMF) yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pembeli.

Gambar itu mengundang pelbagai reaksi netizen mengenai perkara berkenaan yang rata-rata menyokong usaha dan tindakan untuk tidak membeli limau itu

Sumber : Facebook

Artikel Berkaitan   Gadis Buat Netizen Binggung Bela Seekor Nyamuk Dan Menunjukkan Cara Dia Beri Makan