Datang Jauh, Dalam Poket Ada RM2.80 Sen Je, Anak Lapar Kat Rumah, Suami Isteri Dan Anak Berhimpit Naik Motor

Salah seorang guru popular di laman Facebook, Mohd Fadli Salleh berkongsi kisah mengenai sebuah keluarga yang menjalani kehidupan serba kekurangan di tengah kota raya.


Beliau memuat naik sekeping gambar sehingga menerima lebih 12,000 perkongsian yang kelihatan pasangan tersebut menunggang motosikal bersama dua anaknya berhimpit-himpit dengan barangan runcit.

Menerusi projek amal yang dilancarkan, pasangan itu datang bertemu beliau bagi menerima sejumlah barangan perbelanjaan untuk keperluan seisi keluarga.

Ketika dibawa ke sebuah kedai makan, pasangan terbabit meminta untuk membungkuskan sahaja makanan kerana mempunyai dua lagi anak mereka yang kelaparan di rumah.

Selepas selesai bersembang, Mohd Fadli mengambil keputusan untuk menempah Grab bagi membawa si ibu dan anak-anaknya pulang ke rumah mereka manakala suami pula mengekori dari belakang.

Sumber : Mohd Fadli Salleh