Hari Kebangsaan bakal disambut 31 Ogos ini dan setiap tahun juga kita digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat kecintaan terhadap negara.
Tapi sebelum tu, korang kena tahu cara yang betul untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana penggunaan bendera adalah sebagai satu simbol nasionalisme.
Bendera juga adalah lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu pertiwi.
Oleh itu, kami kongsikan kongsikan video pemasangan Jalur Gemilang dengan betul daripada Jabatan Penerangan Malaysia supaya korang tak terlepas pandang.
Untuk pengetahuan korang, terdapat akta bagi melindungi agar penggunaan Jalur Gemilang dihormati dengan sewajarnya iaitu Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Justeru, mana-mana orang yang melanggar Seksyen 3 adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000.
Bendera yang pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang uzur dan pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Bendera sedemkian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan di tempat-tempat awam.
Jadi, kibarkanlah Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga tetapi dengan cara yang betul. Selamat menyambut Hari Kebangsaan!
kredit era