Hilangkan Kesan Calar Pada Cermin Mata Dan Jam Tangan Secepat 5 Minit

Dek kerana penggunaannya yang kerap, cermin mata nie kalau tak dijaga dengan baik senang sangat nak calar. Hmm… cermin kat jam tangan pun sama lah jugak. Akan tetapi, jikalau jam yang harga ribu-ribu tuh tak tahulah pulak sebab che petua pakai jam murah jer… beli kat pasar malam, dan itu pun siap minta tawar lagi ahaks… tak kisah lah kan.. janji boleh tengok masa.  Dan che petua pun sedia maklum sekarang ni orang pakai jam pun bukannya nak tengok masa sangat pun, sebab fungsi yang sama dah ada kat handphone.


Okey daripada che petua terus membebel menghabiskan masa… nen dia nak kongsi petua untuk hilangkan kesan calar kat jam atau cermin mata.

Sebenarnya bukan menghilangkan terus… tapi cuma nak jadikan supaya kesan calar tu nampak tak terlalu obviousatau tak berapa jelas sangat. Hmm… rasanya bagus gak petua nie… tak yah lah buang duit tukar jam atau cermin mata baru semata-mata kerana kesan calar yang sedikit.

Petuanya ialah dengan mencuci kesan calar tuh dengan menggunakan ubat gigi. Memula ambil kertas tisu yang lembut… bukan tisu tandas kay… kendian palitkan sedikit ubat gigi… and then gosok perlahan-lahan pada cermin jam atau cermin mata.  Lepas tu barulah bersihkan dengan kain bersih.

Kalu tak puas hati kerna masih dirasakan kesan calar tu nampak jelas, tenang-tenangkan fikiran dan buat sekali lagi. Kalu masih tak puas hati juga, maka lakukan sekali lagi. Dan jikalau masih jugak… hmm.. korang pergi lah kedai tukar cermin baru atau beli jer jam atau cermin  baru… hihi..