Hobi Belajar Dan Masuk Universiti, Siapa Sangka Lelaki Ini Ada 32 Ijazah Di Usia Muda

Lelaki dari Indonesia ini memiliki 32 sijil ijazah sarjana muda dalam genggaman tangannya pada usia 39 tahun dan ia sudah menganggap pergi ke universiti itu sebagai satu hobi.

Pelik tapi menakjubkan! Welin Kusuma menemui minat dalam menimpa ilmu pada usia 18 tahun. Degree pertama yang diambil oleh dirinya adalah dalam bidang Kejuruteraan Perindustrian ataupun Industrial Engineering, sebelum teruskan dengan 31 ijazah dan sijil dalam bidang lain.

Kelayakkan beliau merangkumi antara 11 ijazah Sarjana Muda, tiga ijazah Sarjana dan 18 sijil profesional.

Pencapaian akademiknya yang menakjubkan mendapat reputasi yang baik dan membuat kami semua tercengang dengan displin beliau.

Tertanya juga berapa banyak masa yang telah diluangkan oleh Welin demi pelajaran. Dalam satu temu bual, dia menyatakan bahawa pergi ke universiti sudah menjadi satu hobi baginya dan dia sangat suka belajar. Dia turut yakin bahawa pengetahuan yang diperolehi amat berguna baginya.

Wow! Kalau lah kita boleh jadikan pergi ke universiti itu sebagai satu hobi. Macam mana agaknya?

Sudah tentu diri rasa lebih bermotivasi selepas tahu ada orang dalam dunia ini yang memang suka menuntut ilmu tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Tahniah dan syabas Welin Kusuma!

kredit era

Artikel Berkaitan   “Orang Yang Senang Meremang Bulu Roma Adalah Orang Yang Lebih Sihat, Lebih Kaya Dan Juga Seorang Yang Peramah”