Hukum Bersalam Dengan Bapa Tiri Yang Ramai Tidak Tahu

Menjadi satu persoalan orang ramai jika boleh atau tidak bersalaman dengan ayah tiri. Dalam Surah An-Nisa (ayat 24-25), disenaraikan wanita-wanita yang haram dinikahi atas dasar yang tertentu. Tafsiran haram bukan seperti haramnya memakan bangkai ataupun khinzir. Tetapi yang dimaksudkan adalah haram untuk menikahi mereka.

Implikasi daripada kehadiran mahram akan membawa kepada hukum, boleh bersalaman dengannya, tidak boleh berkahwin dengannya dan boleh berkhalwat (bersendiri) dengannya. Anak tiri akan menjadi mahram kepada ayah tirinya dengan syarat berlaku persetubuhan antara ibunya dengan suami baru.

Ramai yang salah faham tentang perkara ini dan berlaku situasi yang sangat janggal apabila berjumpa dengan keluarga. Semoga pencerahan ini membawa faedah kepada blended family yang sentiasa dalam keraguan tentang hal tersebut.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan