Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan menduga kesabarannya.
Ceritanya begini:
Encik Suami baru saja balik dari kerja. Apabila pintu lif terbuka, suami masuk ke dalam lif. Tiba-tiba nampak sebuah keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lif. Dia pun menghalang pintu daripada tertutup. Dan keluarga itu masuk tanpa mengucapkan terima kasih.
Sebuah lagi pasangan yang lain juga berlainan bangsa masuk dan senyum sambil mengangguk pada suami.
Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian ‘Ballet’, berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Suami senyum dan melihat anak kecil tersebut dan lantas menegur.
“Hi, just came back from Ballet?”
Anak kecil tersebut menjawab, “I don’t talk to stranger especially Malay,”
Suami saya terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut. Bapanya hanya memandang siling lif dan mendiamkan diri.
Suami saya terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut.
“Why Malay?”
“Malay all stupid,” jawabnya.
Wow!! Suami menoleh kepada bapa kanak-kanak itu dan mengharapkan ucapan kata maaf atau apa-apa saja alasan dari lelaki itu. Namun dia terus mendiamkan diri dan hanya memandang siling dan dinding.
Akhirnya, suami saya tak tahan dan terus berkata, “Nevermind kid, because Malay all stupid, you are allowed to stay at Malaysia but don’t worry. New Malay generation they are very clever. They might sent you back to your origin country,”.
Saya sendiri tidak setuju dengan kata-kata itu tetapi suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut terus membisu.
Akhirnya, ibu kanak-kanak terbabit bersuara dengan nada yang marah.