Ini Sebab Telur Mata ‘Goyang’ Bahaya Untuk Ibu Mengandung

Saya lupa yang isteri saya mengandung. Boleh pulak saya bagi isteri saya makan nasi goreng extra telur mata goyang ni.


Mujur bidadari saya ni doktor dan dia tahu yang orang mengandung kena elakkan telur yang separuh masak camni!

Tepuk dahi!

bahaya telur separuh masak pada wanita hamil, wanita hamil jangan makan telur separuh masak, wanita hamil jangan makan sushi, wanita hamil jangan makan telur mata goyang

Saya lupa yang dalam telur separuh masak camni ada kemungkinan besar bakteria Salmonella masih hidup. Untuk orang normal macam kita ni mungkin selamat je nak makan tapi untuk orang mengandung memang bahaya.

Orang mengandung ni immune system tubuh tak macam kita. Immune system mereka sangat lemah. Kalau kena penyakit Salmonella Enteritis pun 80% orang mengandung boleh keguguran.

Ye, orang mengandung memang sangat sensitif tubuh dan jiwanya. Tu la kenapa mereka perlu sangat suami yang tahu ilmu kekeluargaan kerana suami la bertanggungjawab menjaga dan melindungi.

Taufiq Razif
Suami yang berusaha melindungi