Ini Sebabnya Saintis Umumkan Lebah Adalah Spesies Yang Paling Penting Bumi

Lebah merupakan serangga yang biasa wujud di bumi ini. Namun tahukah anda, lebah kini diiktiraf sebagai salah satu sepsis terpenting di dunia?

Pengiktirafan diberikan oleh Earthwatch Institute di Royal Geographical Society of London baru-baru ini.

Menurut laporan The Science Times, 70% daripada pertanian di dunia ini bergantung kepada lebah. Tanpa lebah, majoriti tanaman akan pupus.

Lebah juga merupakan satu-satunya spesis haiwan yang tidak membawa virus atau bakteria yang mampu menjangkiti haiwan mahupun tumbuhan.

Namun begitu, kajian mendapati hamper 90% populasi lebah telah musnah sejak beberapa tahun ini, berkemungkinan daripada kurangnya tumbuh-tumbuhan bunga-bungaan, hutan yang dimusnahkan serta racun serangga tidak terkawal.

kredit era

Artikel Berkaitan   Ramai Orang Sangka Duit Koyak Tak Laku, Kemudian Terus Buang, Lelaki Ini Dedah Sebenarnya Anda Boleh Dapat Duit Baru