Kalau Kulit Kering Mungkin Punca Dari Kurang Jenis Vitamin Ini

Masalah kulit kering mungkin boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor lain seperti cuaca dan persekitaran, namun tahukah anda masalah kulit kering ini juga berkait dengan kekurangan vitamin dalam makanan?

Vitamin A, merupakan kumpulan sebatian yang diperlukan badan dalam jumlah kecil untuk mengekalkan kesihatan. Vitamin ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ia perlu diambil dalam pemakanan seharian.

Kurangnya vitamin A menyebabkan sel kulit mudah rosak dan tidak dapat diperbaiki. Vitamin A juga membantu melawan dan mencegah keradangan disebabkan oleh masalah kulit. Dalam pada itu, kekurangan vitamin A juga menyebabkan masalah ekzema.

Vitamin A boleh didapati dalam pelbagai jenis sumber makanan seperti sayuran berdaun hijau, sayuran berbentuk oren seperti lobak, keledek, labu, susu dan telur.

Selain baik untuk kulit, vitamin A juga membantu untuk melawan jangkitan, membantu tumbesaran kanak-kanak, dan juga baik untuk mata.

kredit era

Artikel Berkaitan   7 Cara Melebatkan Rambut Dengan Bahan Yang Dah Ada Kat Dapur