
Meng4jar si kecil tersayang menikmati hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan antara cabaran terbesar buat kebanyakan ibu bapa. Mungkin ada antara kanak-kanak yang menggemarinya, namun percayalah ramai cuba mengelak atau langsung tidak mahu mengambilnya terutama sayur-sayuran.
Ia menjadi cabaran terbesar buat si ibu yang sering kali berusaha memastikan anak tersayang mendapat semua khasiat diperlukan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pelbagai cara dan menu dicuba, ada berjaya, namun tidak kurang yang masih gagal dan si anak tetap berdegil untuk tidak mengambil makanan penuh khasiat itu.
Dalam senario ini, si ibu bapa atau penjaga perlu bijak dan kreatif dalam usaha memastikan si kecil tersayang tetap mendapat khasiat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Berkongsi pengalaman dalam usaha memastikan anak tersayang mengambil makanan berkhasiat terutamanya sayur-sayuran, ibu kepada enam cahaya mata ini, Tuan Norsuzlia Idayu Tuan Hussin berkata, setiap anaknya mempunyai makanan kegemaran sendiri. Ada di antaranya mudah mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian selain ada yang sebaliknya.
“Saya mempunyai empat anak lelaki d4n dua anak perempuan, apa yang saya perasan anak perempuan lebih mudah makan sayur berbanding anak lelaki.
“Tentu saja ia menjadi cabaran besar untuk saya menyediakan menu harian, sebagai ibu saya mahukan mereka mendapat khasiat diperlukan kerana ia sangat penting dalam proses pembesaran mereka. Jadi, saya tidak boleh mengambil ringan masalah ini yang menyebabkan saya sering berbincang dengan suami bagi mendapatkan kaedah sesuai dan tepat,” katanya.
Menurutnya, dia juga sering kali mencuba pelbagai cara dan akhirnya menemui antara kaedah yang boleh digunakan iaitu dengan memotong sayur-sayuran hijau dalam saiz yang kecil.
“Saya potong sekecil mungkin sayur hijau sebelum dimasak terutama jika dibuat sup. Bagi saya lebih baik mereka dapat khasiatnya walaupun makan dalam saiz yang kecil. Lobak, kentang dan kubis lebih mudah diterima kerana r4sa yang tidak pahit tetapi sayuran hijau sangat susah kerana bagi mereka ia berasa pahit.
“Di samping potong dalam saiz kecil, saya sentiasa menceritakan kebaikan dan khasiat sayuran kepada anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya pengambilan sayur-sayuran setiap hari. Walaupun kini agak sukar, saya percaya semuanya akan menjadi lebih mudah apabila anak semakin membesar,” ujarnya.
HIDANGAN bento yang dilengkapi menu berkhasiat.
Dalam pada itu, Tuan Norsuzlia Idayu berkata, dia juga berusaha menyediakan hidangan bento untuk dijadikan bekalan anaknya setiap hari ke sekolah.
“Bento yang saya sediakan biasanya lengkap dengan sayuran atau buah-buahan, saya hias dan jadikan makanan itu berbentuk menarik supaya anak lebih bersemangat untuk menikmati makanan berkhasiat itu di sekolah.
“Syukur, anak gembira dan suka dengan usaha saya itu, selain gembira, mereka juga berjaya menghabiskan makanan itu,” katanya.
Tambahnya, sebagai seorang ibu, dia perlu bijak terutama dalam soal pemakanan harian anak-anak.
“Saya buang rasa penat demi anak-anak, daripada hari ke hari, saya berusaha mencari kaedah sesuai untuk mengajar anak-anak saya makan sayur dan buah. Saya yakin semua ibu di luar sana juga sama seperti saya, ini kerana tidak semua anak mahu makan sayur terutamanya sayuran hijau.
“Selain itu, ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak iaitu dengan makan sayur-sayuran terutama ketika waktu makan bersama. Kebiasaannya anak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai contoh atau idola, tidak salah jika kita tunjuk yang kita sukakan sayur-sayuran supaya lama kelamaan anak-anak akan ikut sama,” ujarnya.
ANTARA bekalan bento yang disediakan.
Antara kaedah yang boleh digunakan bagi menggalakkan anak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian:
1. Cari buku, lagu atau program televisyen yang membincangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara menyeronokkan.
2. Bawa anak ke pasar atau pasar raya, tunjuk pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan dan nyatakan khasiatnya kepada anak.
3. Kanak-kanak ingin mengalami perkara yang mereka baca. Mulakan dengan perbualan mengenai buah-buahan dan sayur-sayuran dan kepentingannya untuk semua dalam keluarga.
4. Minta anak senaraikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka gemari dan belikan kegemaran itu.
5. Buat senarai beli-belah mengikut kumpulan makanan supaya kanak-kanak mudah melihat buah-buahan dan sayur-sayuran dalam senarai.
6. Wujudkan perbualan positif berkenaan tabiat makan yang sihat, dan jenis makanan yang dimakan ketika menikmati sajian.
Sumber: Harian Metro
Bijak! Ini Cara Paling Win Ajar Anak Anda Makan Sayur
Salam semua. Nak tanya, ada ke ibu bapa yang ada masalah anak tak suka dan tak mahu langsung makan sayur? Pantang terjumpa sayur dalam makanan, terus lari dari meja makan. Dah jadi macam perang dunia ke dua pula bila tiba waktu makan. Terkejar ke sana sini. Adoi…
Sebenarnya saya nak kongsi pengalaman saya berhadapan dengan si kecil yang tak mahu makan sayur. Ada cara ni yang saya dapat dari hasil carian di internet, ada juga yang saya cuba jaya sendiri. Bolehlah kalau nak cuba cara saya ni. Tapi hasilnya mungkin berbeza ya. Selamat mencuba ?
Sediakan sayuran dalam bentuk yang cantik dan comel.
1. Sediakan sayuran dalam bentuk yang cantik dan comel di mata anak-anak. Macam saya buat, saya buat lobak dalam bentuk teddy bear dan ikan. Kemain seronok dia makan. Siap suap lagi kat ummi dan abi dia. hehe
2. Kalau boleh, jangan letak terlalu banyak kuantiti sayur di dalam pinggan makan anak. Nanti dia terus turn-off. Lepas tu kalau nak pujuk memang krik-krik la jawabnye. hehe
3. Ok, ini antara “trick” kami yang paling menjadi. Sediakan dua pilihan untuk anak. Contohnya: Adik mahu 3 sudu sayur atau 5 sudu sayur? Pastinya dia akan pilih yang 3 sudu. Tak apa, sekurang-kurangnyanya dia masih akan makan sayur juga akhirnya. Itulah sebenarnya tujuan asal trick tu.
4. Bila ada kelapangan, saya bawa anak ke pasar raya dan beri kebebasan untuk dia buat pilihan sendiri. Pengalaman saya, biasanya dia akan makan apa yang dia pilih tanpa banyak soal. Tapi sebelum tu awal-awal lagi beri syarat dia kena makan apa yang dia pilih.
5. Galakkan mereka mencuba semua jenis sayur. Kadang-kadang mereka tak berkenan bukan sebab rasa sayur tu, tapi sebab tekstur. Macam anak saya, dia suka sayur yang rangup apabila dikunyah. Lobak dengan timun memang “feveret” dia. Yang lembik atau berdaun dia tak berapa suka.
smoothies sebagai serampang dua mata.
6. Buat smoothies. Cara begini sebagai serampang dua mata. Khasiat sayur dapat, dan proses pencernaan pun lebih mudah. Anak nak membuang memang tak pernah ada masalah. Nak lebih sedap, sejukkan dulu. ?
7. Sedikit tambahan, jika ada sayur yang si kecil tak suka sebab rasa sayur tu, campurkan sayur tu dengan buah-buahan yang dia suka, “blend” dan buat smoothies. Bila buat macam tu, rasa sayur tu akan hilang. ?
8. Ada juga ibu bapa yang suggest beri anak jus pati campuran sayur dan buah-buahan. Sebab semua khasiat sayur dan buah-buahan ada dalam tu. Di Malaysia ni mungkin masih baru, tapi di luar negara sudah biasa. Anak-anak pun gemar sangat menghirup jus campuran sayur-sayuran tu. Dalam pasaran sekarang, jenama yang paling bagus saya jumpa adalah VGKids. 1 sudu tak cukup! Anak-anak minta nak lagi. Kena dengan selera budak-budak agaknya. Saya bagi je, senang tak perlu nak bergelut lagi dah.
9. Saya tak pernah paksa anak saya makan. Anak-anak syurga ni unik cara mereka berfikir. Bagi mereka, kalau ibu bapa terpaksa berhempas pulas nak suruh makan, mesti sesuatu benda itu tak baik.
10. Apabila menerangkan kepada anak, kami biasakan guna elemen “result” yang mengujakan anak berbanding autoriti. Sebagai contoh, beritahu kepada anak bila makan brokoli, mereka akan “lebih cepat membesar dan boleh main gelongsor di waterpark” adalah lebih berkesan berbanding ayat “sebab sayur ni elok”. Ataupun, boleh juga gunakan ayat “makan sayur lobak supaya boleh melihat di dalam gelap macam boboboy”.
11. Jangan sesekali “assume” yang mereka takkan suka sayur tersebut selepas pertama kali mereka menolak. Apa yang kami perhatikan, mereka menolak kerana mereka sedang dalam proses “explore” rasa dan tekstur sayur tersebut. Ada juga pakar yang mengatakan selepas 15-20 kali cuba makan, anak akan biasa dengan sayur tersebut.
12. Guna idola mereka sebagai contoh. Contohnya, “adik kena makan buah sebab Didi dan Pak Atan suka makan buah”. Biasanya menjadi.
Ada 12 tips yang boleh puan-puan gunakan di sini. Cuba aplikasikan salah satu kepada anak anda. Paling penting, anda harus bersabar. Jangan cepat sangat melatah dan marah jika anak berterusan menolak untuk makan sayur. Teruskan mencuba. Bukan kah ada 12 tips tu. Cubalah satu persatu. ?
Kredit: OshemMama