RM40K Sebulan Jual Sarang Burung Walit – Khasiat Serta FAQ Yang Perlu Anda Tahu

Baru-baru ini ayah & bapa saudara Kha telah memulakan project membina rumah burung layang-layang. Jadi Kha pun turut serta dengan membuat kaji selidik tentang poject keusahawanan ini. Menariknya,jika memang betul kena pada  keadaan,hasil pendapatan boleh mencecah pendapatan RM40k sebulan!


Untuk usahawan internet jom kita jenguk-jenguk pula apa peluang keusahawanan offline yang menguntungkan ini.

Berikut ialah beber4pa persolan biasa FAQ tentang Keusahawanan Burung Walet. Kha ambil source informasi ini dari internet & credit untuk penulis asal & sumber asal(maaf yer,Kha lupa ambil artikel ini dari mana.. ?

1.Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?

Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelap4n melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya.

2. Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?

Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kep4da pengusaha.

3. Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?

Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.

4. Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet?

Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.

5. Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi?

Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.

6. Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?

Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.

7. Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?

Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.

8. Sarang rumah vs sarang gua.. apakah perbezaan antara keduanya?

Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.

9. Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet?

Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.

10. Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya?

Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.

11. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah?

Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.

12. Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet?

Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.

13. Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang?

Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.

14. Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’?

Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.

15. Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?

Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.

16. Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?

Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima.

17. Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?

Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.

18. Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?

Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.

Kredit: OhDuit

KHASIAT SARANG BURUNG WALIT

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.

Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.

Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

walit07 walit06i walit05
Khasiat Sarang Burung Walit

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

Sumber: http://anizyn.blogspot.com

Pada 3 OKTOBER 2005 di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengiktiraf indusri sarang burung walet (I.S.B.W) merupakan satu industri yang berpotensi tinggi dan menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Pengeluaran Lesen
Kerajaan tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga telah mengeluarkan lesen kepada pegusaha bangunan (sarang burung) walet yang mematuhi syarat- syarat tertentu, menurut undang-undang.

Penglibatan Agresif Pihak Swasta
Pihak swasta juga telah merancang beberapa projek MEGA (bernilai berjuta ringgit Malaysia) terutama di Perak dan beberapa tempat lain di Malaysia.Memperlihatkan industri sarang burung walet (I.S.B.W) ini amat berpotensi dan menguntungkan.

Permintaan Melebihi Penawaran
Permintaan Pasaran ke atas sarang burung meliputi seluruh dunia seperti China, Jepun, Amerika dan Eropah dan hanya 20 % – 30 % sahaja permintaan dalam pasaran dunia dapat di penuhi ( 70%-80% permintaan gagal dipenuhi)

Harga Sarang Burung Walet
Bergantung kepada gred dan jenis sarang
Harga pasaran tempatan 1kg = RM 4,500,00 – RM 6,500.00
Pasaran dunia 1kg = RM 6,000,00 – RM 12,000.00
Harga tertinggi RM 12,000,00 – RM 24,000.00.

Kejayaan Pengusaha-pengusaha Bukan Bumiputera
Lebih dari 90 % pengusaha industri sarang burung walet (I.S.B.W) di kuasai oleh bukan bumiputera dan mereka telah lama menikmati keuntungan bernilai berjuta- juta Ringgit Malaysia dan telah menjadi kaya-raya.

Modal Sekali : Untung Selama-lamanya
Pelabur modal hanya sekali sahaja untuk memulakan industri ini dan keuntungan dapat di pungut selama- lamanya. Kerana tanah dan bangunan adalah berbentuk kekal.

Keuntungan 80% – 90% Daripada Perolehan
Keuntungan 80 %- 90 % daripada perolehan merupakan satu kelebihan industri sarang burung walet (I.S.B.W). Keuntungan sebegini tidak terdapat dimana- mana pelaburan yang lain.

Sumber: http://forumpertanian.8.forumer.com

Di edit semula oleh KartelDakwah