Inilah Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Khasiat Buah Bidara Yang Sangat Baik Untuk Kesihatan Kita


Seperti biasa, setiap makanan ciptaan Allah ada khasiatnya… jadi, buah bidara ni bukanlah buah yang biasa-biasa juga kan… Manfaat bidara juga dipercaya sebagai ubat sakit perut, kencing sakit, kencing berdar4h dan nanah, melancarkan pencernaan dan penyembuhan luka.

Bidara (Nama latin : Ziziphus mauritiana) adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga rhamnaceae. Di banyak daerah, tanaman ini dikenal dengan pelbagai panggilan yang diantaranya dikenal dengan sebutan bukkol (madura), widara (jawa), bekul (bali), rangga (bima), kalangga(sumba), serta nama diberbagai Negara seperti : jujub/epal siam (Malaysia), zee-pen (Burma),putrea (Kamboja), dan than (Laos). Habitat hidup dari bidara ialah tanah kosong seperti ladang,sawah dan lain-lainnya yang permukaannya kering dan tandus.

Ciri dan deskripsi tanaman boleh dikenal dengan pohonnya yang perdu rendang berduri. Ketinggian pohon mencapai 5 meter, dengan daun bulat kecil berwarna hijau, tunggal berseling dan bunganya berukuran kecil berbentuk payung, buah bulat buni warna hijau dan memerah ketika sudah mengkal.

Biji dari buah bidara sangat keras dan sering dijadikan tasbih, gelang dan rantai.

Kandungan Nutrisi Buah Bidara

Bidara kaya akan kandungan karbohidrat, lemak, karoten, protein, air, thiamin, riboflavin, kalsium,niacin, fosfor, zat besi, serat, Vitamin C, dan Vitamin A. Dari kandungan ini diperoleh beberapa khasiat yang membantu dan memelihara organ tubuh dan tentunya terkait juga dengan dunia kecantikan seperti mengecilkan perut buncit dan menghaluskan kulit.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

  1. Bersifat anti-bakteria yang kukuh untuk membunuh kuman, virus, mikroorganisma dan kulat.
  2. Kaya anti-oksidan yang kukuh untuk menangkal radikal bebas dan menjaga tubuh tetap sihat dan sistem imun lebih kuat.
  3. Mempercepat pengeringan dan penyembuhan luka pada kulit.
  4. Mengatasi masalah perut dan usus seperti ulser perut, gastrik dan lain-lain.
  5. Mengawal kadar gula dalam dar4h yang terkait untuk terapi diabetes khususnya kencing manis.
  6. Ubat herba untuk mengatasi panas dalam, sariawan, dan bibir pecah-pecah.
  7. Ubat kumur untuk menghilangkan bau mulut dan gusi berdar4h.
  8. Bersifat anti-kanser yang berfungsi untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor dalam tubuh.
  9. Meregenerasi sel-sel organ tubuh yang rosak.
  10. Mengembalikan stamina lelaki yang mujarab untuk pencegahan lemah syahwat.
  11. Mempercepat pengecutan bisul.
  12. Melancarkan sistem pencernaan yang berkaitan dengan buasir.
  13. Bersifat anti-keradangan yang berguna untuk mencegah peradangan.
  14. Bersifat anti-piretik yang berkemampuan untuk menurunkan demam atau panas pada anak dan dewasa.
  15. Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dari gejala osteoporosis (pengeroposan tulang).
  16. Mengatasi gejala keputihan dan menghilangkan bau tidak sedap pada organ kewanitaan.
  17. Melancarkan haid atau menstruasi yang tidak teratur.
  18. Ubat herba untuk kencing nanah, dar4h dan kesakitan.

Sumber: dailysihat.com