Isteri Mejar Zahir rupanya hamil, baru tahu selepas dua hari arwah ‘pergi’

Pemergiaan Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah pada Rabu lalu masih dirasai oleh ahli keluarga.

Terbaru isteri kepada Allahyarham, Nour Shafinar Harun baru sahaja mengetahui dirinya sedang hamil selepas dua hari arwah meninggal dunia.

Perkara itu dikongsi kakak kepada Nour Shafinar yang dikenali sebagai Sha Qalif menerusi sebuah posting di laman Facebook.

Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya.untuk adik ku.. inat tabah lah atas ape yg…

Posted by Sha Qalif on Monday, 9 September 2019

“Alhamdulillah juga dua hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru. Balu positif hamil, kalau arwah ada mesti dia gembira sangat2.
“Tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi.. Arwah tinggalkan penggantinya.. semoga adik kuat demi janin yang dikandung ye,” tulisnya.
Orang ramai turut mengucapkan syukur selepas mendengar perkhabaran itu dan berharap agar isteri Allahyarham terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak-anak.

(Visited 242 times, 1 visits today)