Penulis buku dan penceramah bebas, Ustazah Fatimah Syarha baru-baru ini memuatnaik tangkap layar foto perbualan seorang wanita yang baru berpisah bersama seorang lelaki. Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah mengenai kandungan perbualan di dalam mesej tersebut.
Janda Ingin Menumpang Kasih
Berdasarkan perbualan di dalam mesej tersebut, wanita berkenaan mendedahkan kepada seorang ustaz bahawa dirinya baru sahaja berpisah. Namun, dalam masa yang sama meluahkan keinginan untuk berkahwin dengan ustaz tersebut atas dasar ingin menumpang kasih.
Bukan Soal Boleh Atau Tidak Tapi Soal Adab – Ustazah Fatimah Syarha
Melihat kandungan mesej sedemikian, membuatkan Ustazah Fatimah berkongsi pandangannya mengenai situasi yang berlaku berdasarkan perbualan dalam mesej tersebut.
“Kes ni seakan situasi Rasulullah SAW, yang ramai wanita offer diri pada baginda. (Ada Ummu Syarik, Khaulah dan ramai lagi).
Namun baginda SAW tak pernah terima wanita yang offer diri pada baginda saat baginda bergelar suami orang.
Bukan soal boleh tak boleh, ia soal patut tak patut, soal adab.
Lebih-lebih lagi dalam situasi lebih ramai lelaki dan ramainya duda di Malaysia ni. Tidak seperti zaman dulu ramai lelakinya syahid dalam perang.
Baginda berpoligami dengan sebab-sebab yang sangat layak dihormati oleh kemanusiaan.
Bukan sebab-sebab kegagalan berjihad melawan hawa nafsu seperti bercinta dulu, WhatsApp,telefon sembunyi-sembunyi, ber-dating kemudian takut berzina..
Walaupun baginda berpoligami dengan sebab-sebab terhormat, konflik dan cabarannya juga tinggi berbanding dalam 25 tahun monogami baginda. Hingga baginda menegaskan, Allah tak pernah gantikan seseorang yang lebih baik dari Khadijah.” Kongsi Ustazah Fatimah
Warganet Setuju Dengan Intipati Mesej Yang ‘Deep’
Pandangan Ustazah Fatimah terhadap situasi tersebut mendapat respon positif orang ramai terutama kaum hawa. Masing-masing bersetuju dengan intipati mesej yang disampai penceramah terkenal itu.
“MashaAllah, Nabi diperintahkan oleh Allah SWT untuk bernikah dan bukan mengikut hawa nafsu sama sekali.”
“Betul…. Dah tahu suami orang, janganlah dikacau bermesej-mesej semua untuk perkara yang tak penting.. Tu pun adab yang perlu diperhalusi, semua especially kaum wanita sendiri…”
“Inilah sebabnya saya tak suka kalau bakal suami saya duk ambil berat sangat tentang perihal rumahtangga orang lain, sampai kekadang rumahtangga sendiri terabai dan akhirnya runtuh.”
“Macam tu pun boleh ya. Apa pun setuju sangat dengan kapsyen ustazah.”
“Betul tu ustazah.”
“Benar ustazah.”
“Hebat mesej ustazah.” Komen mereka
Apa pandangan anda tentang hal ni?
Sumber: Murai.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sibuk Ikut Trend Prank Menduakan Isteri. Rupanya Ramai Yang Tak Tahu Hukum Sebenar Prank Secara Berlebihan.
Budaya ‘prank’ dalam kalangan rakyat Malaysia kini bukan sesuatu yang asing lagi. Kalau dahulu, hanya dengan tujuan untuk buat kejutan, gurauan atau suka-suka, namun kini terkadang konten ‘prank’ itu sendiri nampaknya sudah melebih-lebih.
Terbaru, menurut perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman Facebook, ada individu yang mengajukan soalan mengenai hukum ‘prank’ suami menduakan dengan isteri sehingga mengakibatkan mangsa diserang anxiety kerana terkejut dengan situasi itu.
“Isteri anxiety sebab tak anggap itu gurauan…”
Soalan yang diajukan oleh individu tersebut berkisar tentang kisah suami yang ‘prank’ isterinya dengan buat-buat menduakan. Namun isteri tersebut mengalami trauma seumur hidup dan anxiety semasa kejadian.
“Hukumnya haram kerana melanggar batasan syariah…”
Menerusi artikel Irsyad Fatwa dalam laman Pejabat Mufti WP, jawapan kepada soalan tersebut adalah haram kerana ianya adalah gurauan secara berlebihan dengan cara menipu dan mereka cerita palsu.
“Suami tidak patut bergurau atau menipu dengan menyakiti emosi isteri…”
Sehubungan dengan itu, memetik beberapa surah yang menjelaskan tentang hukum ini, ternyata Islam sendiri melarang untuk membuat sebarang penipuan yang boleh mengguris hati dan emosi isteri.
“Haram hukumnya jika suami atau isteri menyakiti pasangannya.
Dapat disimpulkan bahawa perbuatan prank pura-pura menduakan ini sememangnya haram dan boleh mengakibatkan keadaan mental dan emosi mangsa menjadi buruk.
Nasihat kami agar trend gurauan sebegini tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi menjadi bahan tatapan di internet dan media sosial. Wallahua’alam.-Sumber: Redaksi.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kecoh Ratu Dangdut Tanam Benang Dalam Muka. Sekali Ini Hukum Sebenar Buat Orang Islam Yang Ramai Tak Tahu.
Perkongsian ratu dangdut Amelina mengenai proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidungnya membuatkan ramai peminatnya ‘kecut perut’. Menerusi perkongsian video di Instagram Amelina, penyanyi tersebut secara terbuka menunjukkan proses rawatan yang dikatakan agak ‘menyer4mkan’ apabila wajahnya terpaksa dimasukkan benang. Difahamkan, sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan perkara itu sekali gus membuatkan ramai yang seriau melihat proses berkenaan.
Enggan tindakannya disalah erti, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, kemudian menegaskan bahawa keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.
“Kaklong tak nak hidung Angelina Jolie sebab kaklong rasa hidung kaklong paling cantik. Kaklong taknak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah-sah kaklong 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki,” katanya. Jelasnya, dia cuma mahukan dirinya seperti dahulu yang lebih ‘presentable’. “Setelah Kaklong dikritik selekeh, tak pandai jaga level, gemoklah, do i cares? Kaklong sekarang menjaga dan menghargai apa yang kaklong ada. Kalau ‘sagging’ kita tegangkan, kalau gemok kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam, kikis sana sini, jangan! Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal,” katanya.
Sementara itu menerusi posting berasingan, Amelina turut berkongsi perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan tersebut. “Kaklong dah cakap dah kaklong memang cantik daripada 30 tahun lepas, korang tak percaya. Ada ke nampak yang diubah? natural kan? Tetap muka Amelina tetapi nampak lagi fresh dan tegang dan yang kaklong suka sekali structure kulit kaklong pun elok dah. “Paling penting hidung kaklong tu lagi terletak macam masa kaklong anak dara,” katanya.
Biarpun ramai yang memuji perubahan Amelina itu, namun tidak kurang juga komen-komen ‘nakal’ yang mendkwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal. Tetap dengan pendiriannya, Amelina kemudian menegaskan dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.
“Insya-Allah tak, nanti tengok yer before & after. Cuma kulit tegang jer lah pun. Kalau adik ada nampak yang kaklong ubah bagi tahu ok. Tunjuk satu-satu sama ada kaklong buang ke atau kaklong tambah. Risau juga kan nanti timbul ftnah pula,” katanya.
Sekadar info, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher. Rawatan ini dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang ‘invasive’ berbanding pembedahan ‘facelift’ tradisional. Difahamkan, benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal.
Hukum Tanam Benang Dalam Islam
Metode pengencangan kulit wajah kini semakin berkembang, salah satunya dengan teknik tanam benang (Catgut Embedded). Seperti kita ketahui bahwa tanam benang merupakan perawatan yang menggunakan media benang dalam proses operasinya dimana benang menggunakan cairan obat untuk regenerasi kulit yang ditanamkan di dalam kulit sebagai proses kecantikan. Baca juga Hukum Tidak Menutup Aurat Ketika Membaca Al-Quran
Bagaimana menurut hukum Islam ? ada baiknya kita lihat hadits berikut :
عن عبد الله رضي الله عنه لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله
Artinya: “Allah melaknat wanita-wanita yang mentato dan yang meminta untuk ditatokan, yang mencukur (menipiskan) alis dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah.” (Hadits riwayat Muslim dan riwayat Bukhari )
Dalam menjelaskan hadits di atas, Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim 13/107 menyatakan: “Al-Wasyimah” adalah wanita yang mentato. Baca juga Hukum Memegang Qur’an Tanpa Wudhu. Dan wanita yang mentato punggung, telapak tangan, pergelangan tangan, bibir, serta anggota tubuh lainnya dengan menggunakan jarum hingga mengeluarkan darah dan diberikan tinta untuk diwarnai. Dalam islam perbuat tersebut sudah jelas haram hukumnya bagi yang mentato atau yang ditatokan. Tanam benang, Sulam alis dan sulam bibir sama-sama memakai sistem pewarnaan dan merubah ciptaan Allah yang diharamkan secara yang terkandung dalam hadits ini (Lihat juga firman Allah dalam QS An-Nisa 4:119).
Boleh Bagi Wanita Yang Bersuami, Yang Belum Bersuami Haram
Ahmad Dahlan berpandukan kepada pendapat Imam Nawawi menyatakan “boleh” bagi perempuan yang bersuami asalkan mendapat izin dari suaminya, sedang yang belum bersuami haram secara mutlak. Landasannya adalah Syarah Muslim 1/287 dalam menafsiri hadits di atas Imam Nawawi sebagai berikut :
وأما تحمير الوجه والخضاب بالسواد وتطريف الأصابع فإن لم يكن لها زوج ولا سيد أو كان وفعلته بغير إذنه فحرام ، وإن أذن جاز على الصحيح
Dalam syarah di atas jelas bahwa (wain adana … ‘ala sholih) artinya jika diijinkan oleh suami dan bertujuan untuk membahagiakan suami, menurut konteks syarah hadits di atas diperbolehkan, kecuali bagi yang belum nikah haram mutlak hukumnya. Baca juga Hukum Operasi Caesar Dalam Islam
Cuba direnungkan bagi kalian para istri dan muslimah bahkan boleh jadi perlu diadakan penelitian terhadap para istri yang melakukan hal tersebut tanam benang dan tindakan operasi kecantikan lainnya yang sebenarnya merugikan diri sendiri adakah yang bertujuan untuk membahagiakan suami? Tentu ini yang paling tahu adalah masing-masing diri sendiri.
Bandingkan antara aspek manfaat dan aspek madharatnya, juga antara aspek bahayanya, karena dapat kita ketahui jika tindakan seperti itu juga berkonsekuensi lain pada tubuh kalian, karena bisa saja ada efek samping. Atau lebih penting mana kecantikan hati dengan kecantikan wajah karena sesungguhnya wanita muslimah adalah dilihat dari kecantikan hatinya. Baca juga Hukum Fashion Show dalam Islam
Kesimpulannya bahwa ada dua pendapat yang ditemukan dalam persoalan tanam benang dn tindakan operasi lainnya seperti sulam alis, sulam bibir dan sejenisnya. Yakni yang mengharamkan dan yang membolehkan tapi dengan syarat ada ijin khusus bagi yang sudah bersuami harus ada izin dari suami terlebih dahulu karena hal tersebut berarti kita menghargai suami dan bagi yang belum bersuami haram hukumnya karena sama saja menampilkan kecantikan dan keanggunan tubuh dan wajahnya. Selain itu pikirkan juga aspek maslahat dan madharatnya, aspek tujuan yang ada dan aspek bahanya juga hati-hati karena operasi seperti ini pasti ada risikonya. Semoga bermanfaat. Sumber: https://dalamislam.com/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://erakini.bbn.my/