Itulah Jangan Asing Katil Baby Dengan Kita, Video “Benda” Datang Menjenguk Ke Katil Baby Buat Netizen Meremang

Zaman sekarang ramai ibu bapa memilih untuk meletakkan anak mereka di bilik berasingan dari bilik mereka mengikut saranan pakar yang mengatakan bayi yang tidur di bilik berasingan dari bilik ibu bapa tidur lebih lama.

Ia juga memudahkan bayi untuk membiasakan diri dengan konsep tidur sendirian agar mereka tidak mudah takut untuk berpisah dengan ibu bapa.

Biasanya bayi yang tidur berasingan akan dipantau dengan baby monitor yang memudahkan ibu bapa melihat keadaan bayi dan mendengar jika bayi menangis dari bilik mereka.

Namun sebuah rakaman pengawasan bilik bayi yang dikongsikan di TikTok membuat netizen meremang apabila ternampak kehadiran satu makhluk misteri.

Rakaman berdurasi 35 saat itu menunjukkan seorang bayi sedang tidur lena apabila satu makhluk menghampiri katil bayi tersebut dan memerhatikan budak itu, sebelum berundur dan hilang dari rakaman.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Lagipun Saya Lebih Berat Daripada Suami, Jadi Tidak Mungkin Dia Yang Mengendong Saya”