Jangan Beri Air Rebusan Ini Kepada Bayi, Tumbesarannya Akan Terbantut

Banyak petua orang dulu-dulu yang masih menjadi amalan sehingga ke hari ini, meskipun ada yang tidak ditentu sahkan keberkesanannya dari sudut sains dan kesihatan.


Antaranya, petua memberi bayi minum air rebusan nasi atau air kanji sebagai tambahan kepada susu anak-anak.

Menerusi satu perkongsian oleh Dr Imelda Balchin, amalan memberikan air kanji kepada bayi adalah tidak digalakkan sama sekali kerana air daripada rebusan nasi ini hanyalah mempunyai karbohidrat dan tidak cukup protein buat bayi membesar dengan sihat.

Tambah lagi, disebabkan amalan memberi air rebusan nasi ini lah ramai bayi yang mengalami masalah tumbesaran atau terbantut, sehinggakan kerajaan Indonesia terpaksa melakukan kempen air susu ibu kepada rakyatnya supaya mereka berhenti memberi air kanji kepada bayi.

Menurut Dr Imelda lagi, amalan dan petua zaman dahulu mungkin sesuai diamalkan ketika zaman itu sahaja, dan bukannya untuk zaman sekarang.

Jangan laaa bagi baby minum air rebusan nasi atau air kanji. Ini petua orang tua-tua pada zaman dulu. Petua orang dulu…

Posted by Imelda Balchin on Ahad, 14 Jun 2020

kredit era