Masalah kulit wajah berparut akibat jerawat memang akan memeningkan kepala orang ramai khususnya wanita. Memang akan mengambil masa yang lama untuk hilang. Ramai yang tidak mengetahui bahawa kulit pisang sebenarnya adalah salah satu solusi untuk menghilangkan parut dengan berkesan. Jom kita cuba!
UNTUK YANG MUKA BERPARUT, GUNA KULIT PISANG JE!
Petua dari aku sekolah lagi ni weh. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan. Aku amik kulit pisang ni. Aku pakai tenyeh kat muka ni.
Resultnya Rasa dia sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat. Dan mengecutkan jerawat. sebab dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahanya.
Posted by Nauf Safuan on Thursday, 8 February 2018
Untuk masalah kulit sensetif dan kulit berminyak juga digalakan untuk mengunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi anti oksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
BAHAN-BAHAN
- Kulit pisang
CARA PENGUNAAN
1.Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
- Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.
*Flawless muka!
Sumber : Nauf Safuan