Penggunaan bawang merah di dalam masakan seakan menjadi ‘kunci utama’. Tanpa adanya ramuan bawang merah ini, pastinya masakan yang ditumis atau digulai tidak sempurna rasanya.
Biasanya juga selain bawang merah perlu dikisar halus atau dicincang untuk dijadikan ramuan, umumnya kulit bawang akan dikupas terlebih dahulu.Pun begitu ada satu perkara yang jarang kita buat, iaitu menyimpan kulit bawang tersebut!
Antara bahagian pada bawang yang paling tidak nampak kegunaannya ialah kulit bawang, meskipun ianya penting untuk melindungi bawang namun mesti ramai masih tidak tahu adakah kegunaan lain kulit bawang ni? Tahukah anda, kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja pada pokok yang ditanam dihalaman rumah. Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ilmu manfaat ini oleh Hazimah lmn Ismail lmn di posting fbnya.
“Hari ni nak kongsi dengan sahabat manfaat kulit bawang merah yang nipis pada tanaman.”Cara gunanya:
- Ambil kulit bawang merah yang nipis.
- Rendam dalam air semalaman.
- Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman.
Ataupun
Nak tabur kulit bawang direct pada pokok pun boleh.
3 Manfaatnya:
- Pokok akan menjadi lebih subur.
- Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
- Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.
Memang tak sangkakan dengan menggunakan kulit bawang anda dah boleh jimat duit dari membeli baja untuk pokok anda. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Petua Ibu