“Jangan Makan Ais, Saraf Boleh Mati Mengejut” Pakar Minta Orang Ramai Tahu Kes Ini Supaya Tidak Menyesal Kemudian

Ada diantara kita yang mempunyai tabiat mengunyah atau menggigit ketul ais ketika minum minuman sejuk. Mungkin ia nampak biasa, tetapi sebenarnya ia banyak keburukkan yang mungkin anda tidak sedari.

Dipetik daripada Facebook Medical Mythbusters Malaysia, seorang doktor gigi, Dr. Muhammad Iqbal telah menceritakan pengalaman beliau sendiri dalam mengendalikan kes pesakit yang suka mengunyah ais.

Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar.

Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.

Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.

Ini dinamakan “Abfraction”. Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.

Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.

Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.

Mari saya ceritakan tentang makan ais ini

Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.

Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.

Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.

Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).

Artikel Berkaitan   Lubuk Penyakit Datang Dibulan Syawal, Hati-Hati Apabila Ke Rumah Terbuka, Inilah Cara Yang Perlu Anda Lakukan

Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.

Dr Muhamad Iqbal
Doktor Gigi
Medical Mythbuster Malaysia