
Sembelit teruk adalah sesuatu yang tidak normal jika anda mengalaminya, ini kerana kesukaran membuang air besar seperti biasa akan membataskan pergerakan individu untuk melakukan aktiviti harian. Apakah punca dan kesan sakit untuk membuang, bagaimana untuk mengatasi jika ia berlaku dan apakah petua hilangkan sembelit?
Punca sembelit dan kesan-kesannya dikatakan mempunyai berbagai faktor, namun antara salah satu yang sering dinyatakan adalah pengambilan makanan yang kurang serat sehingga menyebabkan hasil pembuangan menjadi berketul iaitu najis keras serta akan menyukarkan untuk membuangnya.
Apabila terkena masalah untuk membuang sangat menyeksakan dan menyakitkan.
Berbagai cara mengatasi sembelit dan cara untuk hilangkan susah buang air besar untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga bayi kecil sama ada dengan menggunakan ubat yang boleh didapati dari farmasi, klinik atau hospital malahan ada yang turut mengamalkan petua tradisional yang dipercayai sangat mujarab.
Cara Merawat dan Petua Hilangkan Sembelit
Antara petua hilangkan sembelit dan tips melancarkan membuang air besar yang menjadi pilihan orang ramai pada masa ini adalah dari perkongsian Puan Liza Salleh yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati selain sihat dan berkhasiat serta mampu mengatasi masalah sembelit yang teruk.
Menurut Puan Liza, selepas mengamalkan petua dan resepi sihat yang dikongsikan ini anda akan dapati sistem pencernaan anda akan lebih lancar serta akan menjadi lebih mudah untuk membuang yang juga sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Saya nak share tips legakan sembelit hari ini, saya memang amalkan sejak dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancar membuang.
Oh ya, untuk anak-anak pun sesuai buat ini jika ada simptom dan masalah ini, senang, bagus dan lazat! Nyum nyum gitu, ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi tau. Insya Allah boleh legakan sembelit.
Saya tak suka sembelit dan lama tak membuang buat perut saya nampak buncit.
Bahan-bahan
Buah-buahan seperti buah prune terbukti dijadikan cara melawas pembuangan air besar.
- 7 biji buah Prunes
- 7 biji buah anggur hijau
- 1 cawan air masak
- 1 kotak susu segar
Cara untuk membuat ubat sembelit ini adalah seperti yang berikut;
- Masukkan semua bahan ke dalam blender atau mesin pengisar anda.
Cara menghilangkan sembelit guna bahan ini juga akan buatkan anak anda suka kerana rasanya agak manis.
- Kisar semua bahan itu tadi sampai menjadi hancur atau halis
Minuman ini juga adalah sebagai cara mudah untuk membuang air besar dengan lawas.
- Kemudian tuangkan semua ke dalam cawan dan terus diminum.
Inilah salah satu cara mengatasi sembelit menggunakan bahan-bahan yang didapati di dapur.
Berikut adalah rakaman video cara-cara Puan Liza Salleh membuat ubat dan cara mengatasi susah buang air besar ini. Sila ikut tips yang dikongsikan dengan betul iaitu cara melembutkan najis yang keras untuk anda atasi masalah kesukaran membuang. Minuman berkhasiat ini juga sesuai untuk anak anda, kanak-kanak dan semua orang dewasa.
Sembelit juga dikatakan boleh menjadi buasir yang teruk sekiranya tidak dirawat dan dibiarkan kerana lama-kelamaan ia akan menyukarkan kita untuk membuang najis yang sentiasa keras dan berketul akibat daripada pemakanan kita sendiri yang biasanya tidak menjaga cara makan dan jenis makanan.
Mulai sekarang masalah susah nak buang air besar (berak) tidak lagi merungsingkan mereka yang menghadapi masalah ini kerana dengan menggunakan cara mengatasi sembelit ini seperti yang dikongsikan atau petua hilangkan sembelit ini akan membantu anda semua. Malahan ia sangat berkhasiat serta turut membantu melancarkan proses penghadaman serta pencernaan dalam perut kita. Semoga bermanfaat.