Jangan Pandu Perlahan! Kajian Membuktikan Pandu Perlahan Juga Boleh Menyebabkan Kemalangan

Kemalangan jalan raya sering terjadi disebabkan kecuaian pemandu dan juga faktor lain seperti kenderaan yang dipandu tidak diselenggara dan juga mungkin disebabkan masalah jalanraya itu sendiri.


Sementara ramai yang menganggap memandu dengan laju menjadi punca utama kepada kemalangan jalan raya, satu kajian telah membuktikan bahawa mereka yang memandu dengan perlahan juga boleh menyebabkan kemalangan.

Menurut portal Daily Star, Jabatan Pengangkutan telah mendedahkan bahawa 26 orang cedera parah dan dua terbunuh di seluruh negara dalam kemalangan tahun lalu di mana pemandu telah memandu dengan perlahan ketika berada atas jalan raya.

Malah, seramai 132 orang telah mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemanduan perlahan.

Polis juga memaklumkan pemanduan secara perlahan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas, selain membuatkan pemandu lain hilang sabar dan memotong kenderaan anda secara merbahaya. Ini secara tidak langsung juga mengakibatkan kemalangan.

Sumber: Daily Star