Jangan Sesekali Pecahkan Gelembung Akibat Melecet Pada Kaki. Nak Tahu Kenapa? Baca Ni..

Gelembung ini terjadi akibat kaki seseorang itu melecet disebabkan kasut yang dipakai. Melecet pada kaki akan menyebabkan kulit jadi gelembung dan berair. Persoalannya, patutkah gelembung itu dipecahkan?


Menurut Dr Suzanne Levine yang merupakan pakar penyakit kaki dari New York, dia menyarankan kita dari memecahkan gelembung tersebut.

Malah Dr Suzanne menyeru agar merendam kaki dalam air larutan garam dan keringkan dengan tuala lembut.

Air gelembung tersebut kotor dan kemungkinan individu akan terkena jangkitan kuman pada kulit. Sekiranya gelembut tersebut pecah sendiri, bekas gelembung harus dibersihkan dengan sabun dan air.

Kemudian korang kena lap bersih dan biar sahaja ia kering. Kalau ada antibiotik, lebih bagus jika korang sapu pada kesan melecet itu. Apa-apa pun, dapatkan dahulu saranan doktor okay!

sumber:pawerviral

 

4 Tips Elakkan Kaki Melecet Bila Menggunakan Kasut Baru

Pergi melancong kalau tak membeli belah pasti akan terasa kekurangan sesuatu. Bagi yang ada duit lebih, anda boleh membeli barang sama ada kegunaan sendiri atau dijadikan hadiah kepada rakan atau ahli keluarga.

Anda perasan atau tidak sekiranya anda membeli kasut baru, anda mesti akan mengalami masalah kaki melecet. Pasti ramai diantara kita yang tak suka dengan masalah kaki melecet ni. Memang sakit dan sudah semestinya ianya menggangung perjalanan kita.

4 Tips Elakkan Kaki Melecet Bila Menggunakan Kasut Baru
Ada juga petua yang meminta anda menggigit kasut tersebut sebelum memakainya untuk mengelakkan daripada kasut tersebut menggigit anda balik. Ini kami tidak tahu sejauh mana kebenarannya.

Apa pun disini kami ingin kongsikan dengan anda 4 tips untuk elakkan kaki dari melecet bila menggunakan kasut baru.

1. Bedak Bayi
Satu cara yang baik untuk mengurangkan geseran antara kaki dan kasut adalah dengan menggunakan bedak bayi. Hanya perlu taburkan sedikit bedak bayi ke dalam kasut sebelum pakai.

Ianya berfungsi dengan baik juga kalau anda yang jenis tak pakai stokin. Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan yang kaki korang betul-betul kering. Jika tidak habis rosak kasut anda nanti.

2. Plaster Balut Luka
Rasanya cara ini ramai yang dah tahu. Betul tak? Dengan melekatkan pelekat plaster balut luka, ianya dapat mengurangkan geseran kulit kaki anda dengan kasut.

Kami sangat gemar menggunakan teknik ini kerana ianya dapat membantu geseran yang boleh menyebabkan kaki melecet.

3. Deodorant
Sebenarnya kami tidak pernah cuba menggunakan deodorant untuk elakkan kaki dari melecet. Tapi dikatakan deodorant juga membantu untuk menjaga kulit kaki anda dari luka. Pedih tau sekiranya terluka lagi-lagi bila geseran berlaku.

Untuk penggunaan deodorant ini anda hanya perlu sapukan deodorant di bahagian yang kerap luka dan lihat hasilnya.

4. Silikon Khas Untuk Kasut
Secara kebiasaanya sekiranya anda ke farmasi atau pasaraya, silikon yang khas untuk kasut ada dijual untuk diletakkan didalam kasut bagi melindungi kaki dari melecet dan tidak selesa.

Rasanya kebanyakkan yang menggunakan teknik ini adalah dari kalangan wanita. Anda boleh cuba teknik ini sekiranya anda sentiasa mengalaman kaki melecet bila menggunakan kasut baru.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah