Petua untuk kali ini yang kami nak kongsikan kepada anda ialah cara buang angin dalam badan. Bagi mereka yang kerap sangat buang angin tu eloklah diamalkan petua ini.
Bahan bahannya:
- 3 batang serai
- 4 cm halia atau 2 ketul
- Susu
- 1 uncang teh ( pilihan tak nak letak pun tak apa )
Cara caranya:
- Diketuk kedua bahan di atas.
- Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air dan masukkan susu kesukaan contoh anlene.
- Tunggu suam diminum.
Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
Bawang putih dibakar beberapa ulas. Untuk melegakan perut dan badan yang banyak angin.
Cubalah!
Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah