Juling Kerana Gadget! – Satu Share Anda Mampu Selamatkan Jutaan Kanak-Kanak Yang Ketagih Handphone! –

Lama main gajet risiko juling, rabun jauh

Kanak-kanak zaman ini mudah terdedah kepada risiko rabun jauh seawal usia dan juling jika ibu bapa gagal mengawal permainan elektronik dalam tempoh terlalu lama.

Kajian mendapati hampir satu bilion kanak-kanak berisiko tinggi mengalami rabun jauh atau miopia menjelang 2050 akibat kerap terdedah kepada cahaya daripada telefon bimbit atau gajet elektronik.

Laporan juga menunjukkan kira-kira 70 sehingga 80 peratus kanak-kanak sekolah rendah dan remaja muda di Asia berisiko mengalami miopia.

Tabiat gemar bermain dengan peral4tan elektronik terlalu lama berbanding melakukan aktiviti luar rumah dipercayai menambah kebarangkalian rabun jauh.

Pakar Oftamologi Katarak dan Refraktif, Dr Vienne Tai Pih Yih, berkata menatap gajet terlalu lama boleh merosakkan penglihatan.

Katanya, mata menjadi letih disebabkan terlalu lama tertumpu kepada paparan skrin peralatan elektronik, kesannya mereka tidak melakukan aktiviti fizikal di rumah.

“Sedangkan aktiviti luar dengan pendedahan kepada cahaya matahari memberikan manfaat kepada mata dan kesihatan secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program tutorial berkaitan miopia baru-baru ini.

Dr Pih Yih mencadangkan kanak-kanak melakukan aktiviti luar rumah di bawah sinar matahari sekurang-kurangnya dua jam sehari atau 10 jam seminggu.

Sinar matahari merangsang dopamin yang mencegah mata menjadi panjang seterusnya mengurangkan kadar perkembangan rabun kanak-kanak.

Mereka perlu mengurangkan terdedah dengan peralatan elektronik kerana boleh menyumbang kepada pemanjangan mata dan menggalakkan miopia.

Malah dengan jarak dekat pada tempoh lama menyebabkan mata menjadi tegang dan meningkatkan miopia dan risiko juling.

Peralatan elektronik menghasilkan tenaga tinggi dalam bentuk sinar biru yang menyebabkan sindrom penglihatan komputer iaitu gabungan sakit kepala, mata menjadi tegang, keletihan, penglihatan kabur dan mata menjadi kering.

Artikel Berkaitan   "Aurat Tu Der, Cuba Hormat Sikit" - Peminat Geli Shaheizy Sam Tayang Dada, Perut Di IG

“Setiap 20 minit menatap telefon atau komputer, alihkan pandangan ke tempat lain dengan melihat sejauh enam meter selama 20 saat.

Pastikan gajet berada pada jarak 25 sehingga 30 sentimeter (sm), iaitu kira-kira sedepa tangan daripada mata (satu tangan) dan duduk tegak ketika membaca,” katanya.

Elakkan anak membaca atau menggunakan gajet dalam keadaan gelap kerana boleh menyebabkan mata menjadi tegang, selain memastikan mereka tidur cukup iaitu tujuh hingga sembilan jam sehari.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan memberikan nutrisi perkembangan penglihatan anak.

Pakar Bedah Mata, Dr Calvin Lim Chung Yee, berkata miopia sukar disembuhkan tetapi boleh diperlahankan perkembangannya menerusi rawatan.

“Ubat titisan boleh digunakan setiap malam sebelum tidur selama setahun atau dua tahun bagi mencegah miopia daripada meningkat sehingga 50 peratus.

“Kaedah lain menggunakan kanta lekap khas semasa tidur untuk meratakan dan membentuk kornea bagi mengurangkan perkembangan miopia sehingga 40 peratus,” katanya.

Dr Chung Yee menasihatkan ibu bapa memerhatikan daya penglihatan anak seawal usia enam bulan termasuk menjalankan pemeriksaan seawal usia tiga tahun.

Antaranya meminta anak membaca papan tanda pada jarak tertentu untuk mengenal pasti sama ada mereka mengalami masalah penglihatan atau sebaliknya.

Info

Apakah miopia?

Tidak dapat melihat objek pada jarak jauh

Boleh melihat dengan baik objek pada jarak dekat

Bagaimana miopia berlaku:

Mata membesar dan menjadi panjang dari depan ke belakang.

Mata sepatutnya memfokuskan imej pada retina (tisu sensitif cahaya di belakang mata), sebaliknya memfokuskan di hadapan retina.

Punca miopia

– Genetik

– Persekitaran

Cadangan gunakan peralatan elektronik:

1. 18 bulan ke bawah – tidak diberikan langsung

2. 18 bulan sehingga dua tahun -15 sehingga 30 minit (elakkan menggunakannya sendirian).

Artikel Berkaitan   Wah, Baru Tau Kelebihan Lengkuas! Banyak Rupanya. Besok Nak Masukkan Lengkuas Dalam Masakan Terus

3. Usia 2 – 5 tahun – 1 jam jam sehari

4. Usia 6 tahun ke atas – tidak lebih 2 jam sehari.

*Mitos:

1. Memakai cermin mata hanya akan membuatkan mata anak semakin rabun atau kuasa cermin mata bertambah?

Tidak benar sama sekali kerana mata akan mengalami lebih tekanan untuk melihat sesuatu objek dengan lebih jelas.

2. Adakah memakai cermin mata dengan kuasa lebih rendah membantu mengurangkan tahap rabun?.

Sekiranya tidak memakai cermin mata dengan kuasa yang betul, tahap rabun boleh meningkat dengan lebih cepat daripada biasa

Akibat biarkan anak ketagih gajet sejak berumur 2 tahun. Mata anaknya hilang fungsi sebelah, menjadi juling dan perlu dibedah segera.


Sumber : berita harian