Kajian Menunjukkan Bela Kucing Boleh Kurangkan Risiko Kematian Dan Terapi Untuk Sakit Jantung

Haiwan perliharaan kucing kembali menjadi tumpuan media sosial sejak kebelakangan ini.

Semuanya gara-gara ‘footage’ laporan berita baru-baru ini yang memaparkan gelagat seorang wanita berlari mendukung seekor kucing.

Namun dalam pada itu, ramai sebenarnya yang tidak tahu tentang kebaikan sebenar menjaga kucing.

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, terdapat beberapa kajian yang membuktikan kucing mampu memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

“Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui pemilik kucing mempunyai 30 peratus risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.

“Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik.

“Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik,” kata pengendali akaun tersebut. Tambahnya, kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja

“Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif,” katanya.

Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi 17,800 kali. Anda boleh lihat posting penuh berkaitan penjelasan tersebut di bawah.

Berita baik untuk pencinta kucing! Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun…

Posted by Public Health Malaysia on Ahad, 14 Jun 2020

kredit gempak

Artikel Berkaitan   “Berang Tidak Dapat Telefon Bimbit, Remaja Ini Terus Ambil Pisau Dan Menikam Kakaknya Sehingga Mati, Kemudian Dia Bunuh Diri”