Sejak kebelakangan ini, sering kali terdengar berita mengenai kematian, bunuh diri akibat kemurungan ataupun depression yang sangat teruk. Depression juga dikenali sebagai silent killer kerana dapat menarik nyawa si penhidap tanda disedari oleh orang lain.
Seorang gadis dikenali sebagai Shifa Husnie, berkongsi pengalamannya mengendalikan adiknya yang disahkan menghidapi penyakit kemurungan yang teruk.
Jelasnya lagi, perkongsian ini adalah untuk membuka minda orang ramai mengenai kesedaran dan cara untuk uruskan orang yang mempunyai masalah yang sama sepertinya.
Ok aku nak share pasal adik aku yg depression. Mungkin agak personal tapi biarlah, org bukan kenal aku pun. Ni sbgai pngetahuan mcm nk handle fmly kau ada mslah sama mcm my sister. Ni salah satu lukisan adik aku, yg depression. Lukisan ni doctor yg minta dia lukis apa yg dia rasa pic.twitter.com/OEl74lr3zo
— fiona (@shifahusnie) October 25, 2019
Gadis itu juga menyarankan agar orang ramai sentiasa menjaga kata-kata mereka apabila berbicara dengan seseorang. Paling penting, jangan membanding-bandingkan kisah kehidupan orang lain dengan diri pesakit. Kerana ia boleh menjadikan keadaan menjadi lebih parah.
Penyakit kemurungan ini bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai gurauan. Diharapkan segalanya akan dipermudahkan urusan dan Shifa Husnie sekeluarga sentiasa tabah dan cekal menghadapi ujian ini.
Sumber: Shifahusnie.