Kaki Hampir Di Potong,Setelah Amalkan Petua Ini Kancing Manis Hilang.Sangat Mujarab

Diabetis ataupun kencing manis merupakan penyakit yang sangat membimbangkan di malaysia bahkan di seluruh dunia. Waktu zaman tok nenek kita dulu, jarang berlaku masalah kencing manis namun sekarang perkara sebaliknya telah berlaku. Kemungkinan cara hidup kita telah berubah terutamanya dari segi pemakanan kerana penyakit diabetis sangat dipengaruhi oleh cara pemakanan seseorang.


Penyakit kencing manis kini makin menular dikalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis ini secara tidak langsung membawa kepada:

  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Luka Lambat Sembuh
  • Hilang Fungsi Saraf

Cara Merawat Kencing Manis / Diabetes Secara Tradisional Dan Alami

Antara ulam-ulaman tradisional yang boleh merawat kencing manis:

  1. Buah petai, selalu makan 2 3 biji pada setiap kali makan. Jangan lebih boleh merosakkan buah pinggang.
  2. Pucuk petai siam, selalu makan dijadikan ulam.
  3. Akar manggis, 1 jengkal,direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1/3 airnya. Diminum 1/4 cawan. 3 kali sehari selama 3 hari.
  4. Kayu tebu gajah, 3 kerat, direbus dan diminum. (kurang digalakkan bagi pesakit darah rendah kalau selalu (meminumnya).
  5. Daun sirih serta sulurnya, direbus 7 helai, diminum.
  6. Dedalu yang tumbuh di atas pokok limau nipis, direbus dan minum (Mujarab).
  7. Buah tamar serta bijinya ditumbuk sebanyak sekilo dimakan selama 3 hari. (Mujarab).
  8. Kulit kayu manis, diasah dan diminum.
  9. Pokok misai kucing, direbus segengam dan diminum.
  10. Akar nipah,direbus segengam dan diminum.
  11. Akar lalang secekak direbus diminum
  12. Teberau (tebu hutan) direbus 3 ruas (dibuang bukunya) diminum (berhenti minum jika dah pulih, kerana meminum air akat teberau secara serius boleh melemahkan tenaga batin.
  13. Pelepah betik yang kuning (hampir gugur) direbus 3 pelepah dan minum.
  14. Akar mempelas, dipotong sulurnya ditadah airnya diminum 1/4 cawan 3 kali sehari.
  15. Isi kelapa hijau kehingusan dimasak sehingga menggelegak kemudian masukan serai 7 batang. Minum ketika suam 1 gelas 3 kali sehari.
  16. Orang yang mengalami kencing manis adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil bahan-bahan makanan yang manis seperti pisang lemak manis, durian dan nasi dalam kuantiti yang banyak.

Demikianlah beberapa petua yang boleh diamalkan oleh mereka yang menghidap kencing manis. InsyaAllah petua ini sangat mujarab jika diamalkan dengan sebaiknya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian.

sumber:kalam indah