Kalau Anda Letih Tapi Sukar Lelapkan Mata, Itu Tanda-Tanda Anda Sedang Kemurungan, Jangan Ambil Leka!

Kemurungan adalah suatu penyakit mental yang serius dan kita, rakyat Malaysia semakin arif tentang bahayanya dengan aktiviti-aktiviti kesedaran yang banyak dibuat baik dari pihak kerajaan dan juga NGO.

Walaubagaimanapun, simptom-simptom kemurungan dalam dunia nyata mungkin tidak sejelas yang ditunjukkan di media seni. Terkadang simptom-simptom ini menyerang kita dan orang sekeliling kita, tapi kita tak perasan pun.

Berikut dikongsikan sedikit tanda-tanda yang kita boleh kenalpasti sendiri jika kemurungan mula mendominasi minda dan emosi kita. Seperti simptom-simptom mental yang lain, setiap orang bakal menerima reaksi yang berbeza, tetapi jika anda rasa anda mengkin mengalami tanda-tanda ini, anda boleh mendapatkan bantuan pakar.

Tanda: Suara di kepala anda menjadi semakin jahat

Setiap kita mempunyai suara atau pemikiran dalaman yang kadangkala membantu kita untuk membuat keputusan. Tetapi, jika kemurungan mula untuk mendominasi diri kita, suara ini akan menjadi semakin kritikal dan negatif. Anda akan sentiasa mengkritik diri sendiri tanpa asas menyebabkan kurangnya keyakinan kepada kemampuan diri sendiri.

Tanda: Semakin malas menjalankan rutin dan penjagaan diri harian

Rutin harian yang biasanyan anda lakukan tanpa raa terbeban seperti mencuci pinggan di sinki, atau membasuh baju menjadi semakin malas untuk dibuat. Malas bukan sebab anda penat, tetapi sebab anda rasa tiada kepentingan dalam melakukan tugasan tersebut. Hidup anda akn berasa tidk bertujuan dan semakin kelam. Hal ini boleh merebak kepada rutin harian untuk membersihkan diri seperti menggosok gigi dan mandi.

Tanda: Anda rasa bersalah

Antara tnda yang sangat kerap ditunjukkan oleh pesakit kemurungan ini adalah rasa bersalah. Rasa bersalah yang tak bertempat. Rasa bersalah untuk melakukan apa-apapun. Rasa bersalah untuk hidup. Hal ini akan mula mendominasi emosi anda dalam melakukan apa-apapun, dan seterusnya, kehidupan anda.

Artikel Berkaitan   Baru Tahu Rupa-Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat

Tanda: Anda berasa sangat penat, tetapi tidak boleh melelapkan mata

Kebanyakan orang mengaitkan kemurungan dengan tidak berdaya untuk bangun daripada katil anda. Masalahnya adalah apabila anda berasa terlalu penat untuk melalui kehidupan ini menyebabkan anda terus berada di atas katil tetapi bukannya tidur. Anda tidak terasa untuk tidur tapi pada masa yang sama terlalu penat untuk bangun.

Tanda: Anda menjadi terlebih sensitif dan semua benda menyakitkan hati anda

Ini adalah antara tanda yang selalu dilihat pada pesakit, di mana pesakit akan mudah terasa, atau marah, dan sangat mudah untuk berasa menyampah dengan apa sahaja yang berlaku di sekeklilingnya. Kelakuan panas baran juga mungkin boleh menjadi tanda.

Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan simptom awal depresi ini. Setiap orang mungkin boleh menunjukkan tanda atau simptom-simptom yang berbeza dan pada kadar yang berbeza. Seperti yang dinyatakan, simptom ini bukanlah hitam dan putih seperti simptom penyakit fizikal. Sangat penting untuk anda atau orang sekeliling anda untuk mendapatkan bantuan pakar sekiranya mengesyaki terdapatnya simptom kemurungan.

Sumber: WebMD