Kalau Anda Nampak Orang Tidur Meniarap, Kejutkan Cepat! Ini Amaran Rasulullah Kepadanya

Adab yang dianjurkan Islam ialah dengan tidur secara berbaring dan terdapat larangan bahawa manusia tidak boleh tidur secara meniarap.

Menurut mazhab Syafi’e hukum tidur dalam keadaan menyiarap adalah makruh. Dan Rasulullah SAW juga menyuruh kita kejutkan mereka yang tidur meniarap

Daripada riwayat Ya’ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qasyi al-Ghifari RA, bahawa suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkannya dengan kaki lalu berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksud: “Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah.” Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu, aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.”

Hadis Riwayat Abu Daud (5040)

Justeru, Imam Nawawi menyebutkan bahawa makruh hukumnya tidur secara meniarap. Ia adalah sama dengan hukum mereka yang tidur mengiring ke kiri.

Tuntasnya, mengikuti sunnah tidur boleh membawa kebaikan dari segi kesihatan dan untuk mengecas tenaga kepada tubuh badan dengan baik.

Sumber: tzkrh.com

Artikel Berkaitan   Kerap Buang Air Kecil & 9 Lagi Tanda Ini Anda Mungkin Ada Penyakit Buah Pinggang