Kalau Makan Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai Memang Teringin. Ini Cara Buat Supaya Kuahnya Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging
  • serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
  • 5 papan petai (amik isi shj)
  • *santan
  • *kunyit hidup
  • *bawang besar 1 biji (saiz kecil ja)
  • *cili padi 5-6 biji
  • *cili besar 1 biji
  • *sedikit belacan
  • serai (diketuk)
  • asam keping
  • garam
  • buah tomato (belah 6)
  • cili besar hijau (belah 2)Cara:
    .
    1)daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar..bila dh siap salai/bakar,hiris nipis2.
    .
    2)bland bahan bertanda * dan tuangkan dalam periuk
    .
    3)kemudian masukkan daging dan serai.
    .
    4)masak dgn api sederhana.biar mendidih.masukkan petai, asam keping dan garam.biar masak seketika…
    .
    5)sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato
    .
    6)sedia hidang..nak bg harum tmbah hirisan daun kunyit

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih