Kantoi Rupanya Wanita Yang Mengam0k Kereta Ditarik Adalah Seorang Cikgu, Ini Respon Harith Iskander

” Sambil menjerit, wanita tersebut dilihat seolah-olah hilang kawalan apabila melompat-lompat bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya, malah dia juga melvdah ke arah petugas dan orang awam yang mahu menenangkannya,”


Demikian perkongsian seorang warganet apabila video tular berkaitan seorang wanita yang mengamuk ketika kereta miliknya ditarik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mendapat perhatian ramai.

Wanita tersebut bertindak agresif terhadap penjawat awam dan melvdah orang awam yang cuba untuk menenangkannya selain bertindak membaling kon. Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut cuba mencabut penutup pam tayar trak tunda dan membaling kon ke arah petugas berkenaan.

Video yang tersebar di laman Twitter itu turut mendapat perhatian pelawak Harith Iskander yang memuat naik semula di laman Instagramnya pada Jumaat.

Harith beri pendapatnya di media sosial pada Jumaat.

Bagaimanapun, Harith berkata wanita itu berkemungkinan mempunyai masaIah yang besar dalam kehidupannya.

” Apa juga yang dilalui oleh wanita ini dalam hidupnya ia mungkin sesuatu yang sukar untuknya. Reaksi seperti ini tidak sihat dan saya percaya ia disebabkan kekecewaan, marah, kesakitan yang dilalui dalam hidupnya.

” Saya harap dia ditemukan dengan ketenangan. Kesihatan mental adalah isu yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja yang mengira umur,” ujarnya.

Pendapat Harith menerima sokongan pengikut laman sosialnya yang menyifatkan tindakan wanita itu dalam keadaan yang tidak waras.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen dengan jumlah tontonan sebanyak 83,000. Dalam pada itu, ada netizen mendakwa wanita tersebut sememangnya berhadapan dengan depresi gara-gara mempunyai masalah peribadi.

” Cikgu ni depresi… anak sulung dia baru mninggal dnia. Suami dia kahwin lain dan bawa anak dia seorang lagi,” tulis seorang netizen.

Sementara seorang lagi warganet berkata wanita tersebut mungkin bertindak luar kawalan kerana kereta tersebut mungkin satu-satunya pengangkutan untuk dia keluar bekerja.

” Dia mungkin ada masalah lain yang kita tak tahu, maybe kereta itu je yang dia ada untuk cari rezeki, sebab tu dia bertindak di luar kawalan. Anak atau mak atau suami sakit ke kan… husnuzon saja,” tulis seorang pelayar.

Sudah menjadi tugas PBT untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut agar pemandu tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sehingga boleh menyusahkan orang lain.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang tetap berdegil dan tidak mengendahkan undang-undang ditetapkan.

Apabila dikenakan tindakan, mereka pandai pula melenting sedangkan diri sendiri yang melakukan kesalahan, sebagaimana insiden yang berlaku baru-baru ini di mana seorang wanita mengamuk apabila kereta miliknya mahu ditarik oleh petugas PBT.