Video Abang Bomba Kita Buat CPR Pada Anak Kucing Ini Viral Sampai Media Amerika Pun Share!

Berdasarkan laporan dari Sinar Harian, kejadian kebakaran itu berlaku di sebuah rumah dekat Taman Sutera Idaman di mana anggota yang terlibat ialah dari Pasukan A BBP Sungai Petani.

Menurut Ketua Balai Bomba Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Nut Jamudin, anak kucing berkenaan terperangkap dalam bumbung rumah di mana selepas dikeluarkan, anggota mendapati keadaannya lemah.

“Selepas diberi bantuan pernafasan CPR, anak kucing berkenaan mula mengeluarkan suara dan anggota terus melakukan CPR bagi memastikan keadaannya benar-benar stabil,” ujarnya

.

Tambahnya lagi, kejadian itu merupakan kejayaan besar kerana mampu menyelamatkan satu nyawa biarpun seekor kucing selain mengharapkan setiap anggota sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi dan cekal dalam melaksanakan misi menyelamat.

Ini kerana tugas anggota bomba tidak tertakluk kepada operasi memadam kebakaran semata-mata namun sentiasa bersedia memberi perkhidmatan merangkumi skop menyelamat yang lebih meluas.

Artikel Berkaitan   “Nak Gelak Tapi Rasa Berd0sa” – [VIDEO] Telatah Asif Tengah ‘Menaip’ ,Ni Baru Content Youtube.