Kelebihan Baca 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Yang Ramai Tidak Tahu

Seribu satu rahsia yang terkandung dalam Al-Quran, banyak perkara yang kita boleh peroleh jika kita membaca dan memahami Al-Quran.

Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.”

Riwayat al-Bukhari (5009)

Menurut hadis tersebut, Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengulas bahawa hadis ini terbahagi kepada beberapa makna.

  • Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah)
  • Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
  • Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.
  • Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan.
  • Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan
  • Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.
  • Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.

Sumber: Mufti Wilayah

Artikel Berkaitan   Ketahuilah... Uban, Rabun Dan Penyakit Adalah Tanda Dan Mempunyai Maksudnya!