Umum sedia maklum, peraturan larangan merokok di sekitar premis dan kedai makan telah berkuatkuasa bermula sejak 1 Januari 2019 dan perkara tersebut masih menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat.
Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai sekeping foto pemandu van ambulans yang sedang memegang sepuntung rokok ketika berada dalam kenderaan terbabit.
“Kalau takut dilamun ombak, jangan merokok di tepi pantai. Tapi merokok la dalam ambulance,” tulis sebuah page di laman Facebook.
Pemandu ambulans tersebut dikatakan telah merokok sehingga menerima kecaman yang hebat memandangkan dia salah seorang kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kalau takut dilamun ombak , jangan merokok di tepi pantai. Tapi merokok la dalam ambulance😍🥰😍😍✅
Posted by Brotherhood Rawang on Rabu, 8 Januari 2020
Posting itu meraih pelbagai komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa amarah dan kesal mereka terhadap tindakan kakitangan KKM itu.
Walau bagaimanapun, rupa-rupanya gambar tersebut bukanlah gambar yang terbaru dan ianya telah dirakam pada Julai tahun yang lalu.
Namun begitu, tarikh bukan menjadi faktor utama kepada kemarahan warganet akan tetapi wajarkah perbuatan terbabit dilakukan ketika berada dalam kenderaan yang membawa pesakit.
Sumber : Facebook