Kenapa Kita Pakai Pencuci Basuhan Yang Paling Wangi Tapi Bau Akan Tetap Cepat Hilang. Ini Sebabnya!

Kalau korang selalu basuh baju, mungkin korang perasan yang bau wangi baju tu tak tahan lama terutama untuk baju yang dah dicuci 2-3 hari.  Kenapa agaknya ya?

Ni mungkin antara lima sebabnya:

#1 Korang letak terlalu banyak baju dalam mesin semasa basuh

Kalau mesin basuh terlalu penuh, pakaian yang ada di dalamnya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak. Dan pencuci tidak cukup untuk membersih dan mengharumkan baju. Jadi pastikan  korang isi mesin basuh tidak terlalu padat.

#2 Korang biarkan baju di dalam mesin basuh terlalu lama

Jangan biarkan baju yang dah selesai dibasuh dalam mesin sehingga berjam-jam lamanya. Keadaan mesin basuh yang gelap dan lembab akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat yang bukan saja boleh merosakkan baju, tetapi menyebabkan baju berbau.

#3 Korang tak simpan baju di tempat yang elok

Tempat korang simpan baju pun boleh mempengaruhi haruman baju yang dah dibasuh. Kalau korang simpan baju di tempat yang tiada pengudaraan yang baik dan lembap, sudah tentu baju korang akan berbau.

#4 Korang gunakan sukatan pencuci baju yang salah

Lebih banyak pencuci tak semestinya bagus. Pencuci yang diletak secara berlebihan akan mudah bergumpal dan melekat, menyebabkannya sukar dibasuh dan dibilas. Pastikan korang gunakan sukatan yang betul dengan melihat pada label pencuci pakaian.

#5 Korang gunakan pencuci yang tak sesuai

Tidak semua pencuci pakaian sama. Ada yang lebih baik dalam menghilangkan bau hapak. Ada yang dapat cuci dengan bersih sambil meninggalkan bau yang kekal harum pada pakaian.

Kredit: Bio Zip

Untuk baju yang bersih dan kekal harum, korang boleh gunakan pencuci baju dengan haruman yang tahan sehingga 15 hari. Gunalah Bio Zip, yang kini diperbaharui dengan teknologi haruman yang kekal  selama 15 hari!

Artikel Berkaitan   Cara Berkesan Nak Bersihkan Kipas Syiling Tapi Tak Nak Habuk Bersepah Walau Sebutir

Bio Zip boleh didapati dalam lima variasi. Gunalah Bio Zip Flora atau Parfum Bouquet untuk haruman bunga yang berkekalan, Oren untuk haruman buah oren, Aloe Vera untuk haruman lembut lidah buaya, atau Colour untuk wangian ros yang juga melindungi warna.

Kredit: Bio Zip

Jom dapatkan Bio Zip di pasaraya atau kedai runcit yang terdekat dengan korang sekarang!

Bio Zip Berbaloi!